Impi Impian

Friday, September 21, 2007

"Ada saat-saat dalam hidup ketika kamu sangat merindukan seseorang sehingga ingin hati menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. Semoga kamu memimpikan orang seperti itu."
~ Terkadang hati tertanya-tanya, apakah mimpi akan terus menjadi mimpi nan panjang. Atau, mungkinkah mimpi ini akan menjadi kenyataan. Andaikan ia menjadi kenyataan, adakah ia kan terus seindah mimpi?

"
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan."
~ Aku memang mahu menjadi apa yang aku inginkan, namun ada kalau aku harus menjadi seperti yang orang lain mahukan. Begitulah realiti hidup dan kehidupan. Adakah ini yang dinamakan kebebasan dan aku benar-benar telah menjadi diriku?

"Orang-orang yang paling berbahagiapun tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya."
~ Baikkah aku? Cukup membahagiakankah diri aku ini? Aku sentiasa cuba menjadi yang terbaik untuk sesiapa saja, aku sentiasa cuba untuk ada di sisi sesiapa saja. Tapi mampukah aku, kerana aku bukan manusia sempurna.

0 ulasan:

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP