Untuk Siapa?

Monday, August 6, 2007

"Abang, saya nak nikah pertengahan Ogos ini."

"Ya ke? Alhamdulillah. Dengan siapa?"

"Abang kenal sangat orangnya, tapi..."

"Tapi apa?"

"Saya tak tahu sama ada keputusan ini betul atau sebaliknya. Memang saya sayang dia, dan setakat saat ini saya juga tahu dia sayangkan saya. Yang menjadi masalahnya, urusan perkahwinan ini seolah-olah dirancang oleh orang lain. Dia sebagai lelaki, yang akan jadi ketua keluarga serah bulat-bulat semua urusan dan keputusan kepada keluarga. Keputusan dah dibuat baru beritahu saya..."

Dia diam seketika, menarik nafas... kemudian menyambung, "Bila saya bagi pendapat dia tak terima dan melenting. Sedangkan dalam masa yang sama dia juga tertekan dengan keadaan ini. Dia seolah-olah 'tak ada hak' menentukan apa yang dia mahukan, apatah lagi saya. Tarikh yang ditertapkan semakin dekat, keluarga saya pun tak memihak saya, seolah-olah menikahkan saya untuk melepaskan saya ke bawah tanggungjawab orang lain..."

Itu perbualan beberapa minggu lalu, dan sehingga hari ini belum ada khabar bagaimana situasinya. Di akhir perbualan itu dia berkata bahawa, ini keputusan besar yang pernah dia buat. Malahan dia sudah nampak 'kepincangan' yang ada, dia sudah melihat 'beban' yang bakal dipikul, tetapi dia sebolehnya mahu meneruskan juga walaupun sebenarnya masih ada peluang untuk menghentikannya.

Memang, kadangkala kita terpaksa membuat keputusan... keputusan yang kita sediri tak tahu untuk siapa sebenarnya. Untuk diri sendirikah atau untuk orang lain? Benarkah keputusan itu atau ia sekadar dibuat untuk memenuhi kepuasan orang lain?

Hal-hal besar dengan keputusan yang juga besar, ada kala menuntut pengorbanan dan akan ada yang terkorban!

0 ulasan:

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP