LAPAN PETANDA SERASI BERSAMA

Wednesday, May 23, 2007

SATU
Rahsia sepasang kekasih agar mampu memiliki umur hubungan yang panjang adalah adanya perkongsian. Anda dan dia selalu sering saling membantu, sama ada itu hal kecil atau besar. Paling penting anda berdua selalu dapat menikmati segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Nah, apakah anda sudah merasakan hal tersebut? Jika ya, bererti ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup anda!

DUA
Salah satu kriteria yang menentukan serasi tidaknya dia itu dengan anda atau bukan adalah kemampuannya bersikap santai di depan anda. Cuba perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, (maaf) kemungkinan besar dia bukan jodoh anda!

TIGA
Adanya hubungan dalaman membuat hati anda berdua mampu saling mengetahui. Dan bila anda atau si dia boleh saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaa satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Mungkin sebenarnya dialah belahan jiwa anda yang tersimpan…

EMPAT
Bersamanya mampu membuat perasaan anda menjadi santai, nyaman tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tak membuat anda merasa bosan. Ini boleh dikatakan sebagai pertanda bahawa anda berdua kelak mampu saling terikat.

LIMA
Dia selalu ada untuk anda dalam situasi apapun. Dan dia selalu boleh memahami cuaca dalam hati anda baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang surut saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala anda dirundung musibah? Dia selalu faham saat PMS anda datang menyerang? Dia tahu keadaan waktu anda sakit. Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya…

ENAM
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga anda, dia tak peduli dengan masa lalu anda saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya. Nah, kalau begitu ini membawa erti dia sudah sedia menerima anda apa adanya.

TUJUH
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan anda tak malu-malu memperlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat anda tampil ‘buruk’ di depannya sekalipun, misalnya saat anda bangun tidur atau saat anda sakit dan tak mandi selama dua hari.

LAPAN
Bila anda merasa rahsia anda lebih aman di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat anda. Atau anda merasa sudah tak boleh lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah anda temukan!

[ Apakah kelapan-lapan pertanda di atas telah anda temukan pada dirinya? ]

0 ulasan:

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP