Belajar Bercinta : Bab Dua Puluh Tujuh

Thursday, February 8, 2007


Hawa atau perempuan itu tercipta dari tulang rusuk Adam atau lelaki. Tafsirannya, tidak ingin menempatkan kaum perempuan setara dengan lelaki, tapi tetap menginginkan kaum perempuan sebagai pendamping.

Kenapa dari tulang rusuk? Kenapa tidak tulang lain? Jawapannya, kerana kedudukan tulang rusuk berada di tengah-tengah, tidak di atas atau di bawah. Jika dari tulang kaki, ertinya perempuan akan dipijak-pijak oleh lelaki. Kalau tulang kepala, maka perempuan pula akan menguasai lelaki. Itulah sebabnya digunakan tulang rusuk yang letaknya di kawasan dada, antara kepala dan kaki.

Tulang rusuk itu pembentuk rongga dada yang berfungsi sebagai pelindung hati [penjaga hati]. Kamu tahu bahawa hati adalah pengatur perilaku seseorang. Baik buruknya seseorang ditentukan oleh hatinya. Jadi perempuan pengaja hati lelaki.

Jika perempuan itu berasal dari tulang rusuk lelaki, maka bererti ada tulang rusuk lelaki yang hilang. Bermakna lelaki menjadi tidak lengkap. Rongga dada pelindung hatinya tidak kukuh. Hal ini akan membuat hatinya menjadi tidak tenang, resah, dan tidak menentu. Agar hati dapat dilindungi, agar fikiran juga menjadi tenang, dan bersemangat untuk melakukan kerja, maka tulang rusuk yang hilang itu harus dicari!

Dalam mencari tulang rusuk yang hilang itu, bagaimana hendak membuat penilaian? Kamu lihat saja begini, apabila penawaran banyak, permintaan rendah, harga akan turun! Penawaran sedikit, permintaan tinggi, harga akan naik!

Berkaitan dengan ‘harga’ keindahan seorang perempuan dilihat dari caranya berpakaian. Maka bila perempuan berpakaian kurang kain, maka banyaklah 'barang' yang ditampilkannya. Semakin banyak yang ditampilkan maka semakin rendah harganya. Yang harganya mahal sesuatu yang yang belum ditampilkannya. Jika terlihat telapak kaki, maka yang berharga mahal adalah betis, jika terlihat betis, maka yang mahal dan adalah paha! Apabila sudah terbuka semua, mungkin tidak ada lagi yang indah!

Namun keindahan seorang perempuan tidak hanya dilihat dari sesuatu yang bersifat luaran, tapi juga dalamannya. Bukan hanya sesuatu yang dapat dilihat, tapi bukan dengan mata kasar. Sesuatu yang dapat dirasa, tapi mungkin tidak dapat diraba.

Setelah pilihan ditemui, ertinya tulang rusuk telah dipasang pada tempatnya, tetapi tetap akan ada persoalan yang datang. Lelaki kadang-kadang bingung bagaimana menghadapi persoalan dengan perempuan. Jika dimarahi tidak sesuai, namun jika didiamkan juga tidak boleh.

Tulang rusuk itu bentuknya bengkok dan jika dibiarkan saja, maka ia semakin lama akan semakin membengkok. Tapi jika dibetulkan dengan keras, maka ia akan langsung patah - begitulah perempuan. Kadang-kadang lelaki memang tidak tahu bagaimana harus menghadapinya. Mungkin ada dari sikap perempuan yang menurut penilaian lelaki tak boleh diterima, yang jika didiamkan saja akan membuat perempuan semakin menjadi-jadi. Namun jika dimarahi, dia akan patah atau rosak. Jadi caranya harus dengan kelembutan dan kesabaran. Namun jika ternyata dengan cara itu juga tidak dapat diatasi, lepaskan saja dia dengan baik-baik...

[ Mengapa kaum perempuan mesti disayangi? Kerana memang mereka diciptakan di dunia ini untuk disayangi.... ]

0 ulasan:

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP