Belajar Bercinta : Bab Dua Puluh Satu

Friday, February 2, 2007

Salam kasih sayang, untuk kamu yang tersayang!

Cinta harus melibatkan dua pihak – yang mencintai dan yang dicintai. Sama ada kamu pihak yang mencintai atau yang dicintai, merupakan pemegang peranan utama dalam setiap drama cinta di dunia ini.

Sebelum cinta dibina dan terbina; mungkin ada persoalan-persoalan lain yang timbul. Cinta yang jelas, terang dan nyata di antara kedua belah pihak mungkin sudah tidak ada masalahnya lagi di peringkat ini. Teruskan saja percintaan kamu hingga bergerak dan mencapai tahap-tahap selanjutnya. Bagaimana dengan cinta yang tak punya kepastian? Bagaimana yang dikatakan sebagai cinta tak pasti ini? Kalau sudah tidak pasti mengapa masih disebut cinta?

Rasanya, hampir setiap daripada kamu pernah merasai cinta tak pasti ini, mungkin saja tidak menyedarinya. Atau kamu memang kurang prihatin! Kamu mengenali seseorang, rapat dan akab. Kamu sentiasa selalu ingin bersamanya, ingin melihatnya, atau malah sentiasa berhubung lewat talian mahupun sms. Memang tak ada kata pasti, yang benar-benar pasti diungkapkan di antara kamu.

Hubungan berlanjutan dari masa ke semasa, namun masih tiada apa yang berubah. Untuk ditinggal pergi mencari cinta pasti yang lain, mungkin kamu merasakan taku menyesal di kemudian hari. Untuk meluahkan isi hati bagai terasa begitu berat, atau kamu masih bertanya, “Benar-benar sukakah dia kepadaku? Andai kuluah isi hati, sudikah dia menerimanya?

Persoalan sebegitu lebih selayaknya ditanyakan oleh kamu, insan awek-awek. Namun tetap ada si gagah perkasa yang begitu, Mungkin malu, tak ada keyakinan barangkali, belum bersedia, ego, atau berasa selesa kerana merasa pasti nanti akan ada wanita yang meluah rasa kepadanya.

Jangan terlambat! Mungkin ketika kamu menyatakan hasrat, pintu hatinya telah tertutup rapat. Rasa cinta yang disimpannya sekian lama telah pudar, luntur dan tidak bererti apa-apa lagi. Sesiapa bebas meluah cinta, tetapi orang lain juga bebas untuk menerima atau sebaliknya cinta kamu! Di pihak mana sekalipun kamu berada, andai ini berlaku – pujuk hati untuk redha. Kamu kena kembali menenangkan hati dan sentiasa ingat bahawa, dia memang bukan jodohku.

“Bagaimana andai kamu sudah nekad menutup rasa cinta kepadanya, tiba-tiba dia datang kembali. Mahukah kamu menerimanya?”

“Dia tak pernah MEMBERI, bagaimana saya mahu MENERIMA. Andai selama ini pun dia tak pernah memberi apa-apa, saya pasti untuk esok atau lusa tak ada apa-apa pun yang diberikannya kepada saya.”

Sebenarnya, ramai saja yang DUNGU CINTA di dalam dunia ini. Melepaskan peluang-peluang dan kemudian menyesal kerana ‘tak pernah nampak’ peluang besar di depan mata. Entah apa yang difikirkan, entah apa yang dipandang sehingga akhirnya semua peluang pun hilang.

Andai suatu hari nanti kamu bercinta, buang dan campak jauh-jauh ego, humban rasa mementingkan diri sendiri kerana kamu harus belajar melindungi orang tersayang biar dengan nyawa kamu sekalipun. Sentiasalah belajar tentang dia kerana dia akan sentiasa berubah, jangan dia mahu memahami kamu, sedangkan kamu tak pernah mahu memahaminya. Mahu jadi DITAKTOR CINTAkah kamu? Cinta bukan menguasai pasangan tetapi menyediakan kenyamanan untuknya. Siapa yang bercinta semata-mata mahu makan hati?

Untuk kamu yang duduk menanti bagai buah tak gugur, mungkin kamu tak harus mendongak lagi. Kalau gugurpun BUAH CINTA itu mungkin ia sudah busuk, mungkin ia sudah dimakan binatang, atau mungkin ada orang lain yang akan ‘mengutip cinta’ itu. Biarlah… biarkan, kerana sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, pasti ada pokok lain yang lebih rending yang mampu memberi buah cinta yang lebih enak.

Cinta; harus diluahkan, harus dinyatakan, harus direalisasikan… cinta bukan untuk disimpan!

0 ulasan:

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP