Belajar Bercinta : Bab Dua Puluh Empat

Monday, February 5, 2007


Cinta adalah harapan. Dengan cinta itu seseorang telah memberi harapan kepada yang seorang lagi. Dan, dengan cinta itu juga aka nada seseorang yang telah menerima harapan. Tidak kira setinggi mana harapan yang diberi dan diterima, apa yang penting adalah bagaimana kamu meletakkannya di dalam hati kamu. Adakah harapan itu ibarat sebuah ungkapan tanpa makna? Ataukah, harapan yang diterima itu kamu letak begitu sahaja tanpa perhatian?

Sebagaimana yang kamu tahu, cinta itu akan berkembang dengan baik apabila konsep memberi dan menerima itu berlangsung seimbang. Bukan hanya satu pihak memberi tanpa menerima apa-apa. Kamu hanya memberinya harapan, tanpa membuktikan harapan itu akan menjadi kenyataan. Cinta perlu bukti, agarkamu dan dia sama-sama semakin yakin untuk meneruskan perjalanan cinta itu sehingga ke singgahsananya.

Cinta juga adalah komitmen. Bila kamu terjun ke dalam dunia cinta, dan kamu sudah ‘berani’ untuk mencintai seseorang, ucapkanlah syabas kepada diri sendiri. Kamu sudah berganjak kepada satu tahap di mana kamu menjadi seorang yang ‘ingin bertanggungjawab’. Sekadar menyebut ungkapan ‘ aku cinta kamu’ tidak sesukar memikul tanggungjawab terhadap orang yang kamu cintai. Segalanya akan berubah, hidup kamu akan bertukar coraknya.

Kerana cinta itu komitmen, kamu harus menunjukkannya. Siapakah di dunia ini tidak mahu dirinya disayangi? Siapakah yang tidak ingin dirinya dilindungi? Setiap hal diambil berat [bukan mengongkong] oleh seseorang. Apabila ada harapan, ada tangungjawab, maka perjalanan cinta pasti akan lebih mantap!

Cinta adalah belajar memahami orang lain. Cinta merupakan ikatan dua pihak dan semestinya dua hati dua jiwa. Jika kamu mahu dia memahami kamu, kamu harus turut memahami tentang dia. Belajar, itu saja yang paling perlu kamu lakukan. Si dia ada di depan mata kamu, memang kamu patut tahu tentang dirinya dan sentiasa ambil tahu. Jangan tamak dengan hanya ingin ‘membolot’ pemahamannya tanpa kamu mengeluarkan modal untuk ‘membeli tentang dirinya’.

Nah, apabila kamu memberi harapan, lalu kamu bertanggungjawap ke atas dirinya, keindahan cinta itu pasti bertambah apabila kamu sentiasa memahami dan tahu siapa siapa yang kamu cintai.

Teruskan atau berhenti saja? Kita hanya mampu merancan, dan Tuhan menentukan. Lautan mana yang tak bergelombang, bumi mana yang tak ditimpa hujan. Adakala harapan cuma sekadar harapan, dan penantian memang suatu yang menyeksakan. Gelora kasih semakin tak terbendung, lalu kamu harus tahu sama ada kamu mahu meneruskan pelayaran cinta ini atau berhenti saja. Berapa lama penantian, dan berapa lama lagi harus menanti? Tanyakan soalan ini kepada diri sendiri kerana hanya kamu yang harus menjawabnya. Andai kamu tanya kepada yang pernah memberi harapan, apa saja dia boleh katakana. Mungkin terus memberi harapan, atau tergantung tanpa sebarang jawapan.

Berhenti! Jika ini pilihan dan ia boleh membuat kamu lebih selesa. Semua orang melakukan kesilapan, semua orang pernah terlena dibuai impian indah dan dilambung harapan menggunung. Kalau kamu ‘jatuh’ dah sudah tahu betapa sakitnya dihempas perasaan, jangan biarkan hidup kamu hilang pedoman. Kebahagiaan harus dicari, kamu harus keluar dari belenggu dan mulakan hidup baru – itu lebih baik dari terus merenung nasib yang tak pernah kesampaian di masa lalu.

Berilah peluang untuk diri sendiri menentukan cinta yang kamu mahukan!

0 ulasan:

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP