Belajar Bercinta : Bab Sepuluh

Wednesday, January 17, 2007

"KALAU KAU INGIN MATI, AKU JUGA TAK INGIN HIDUP..."

Nah, cinta itu memang membuat seseorang HIDUP, dan cinta juga mampu membuat seseorang itu MATI! Hanya orang yang bercinta akan mati, sedangkan cinta itu akan terus hidup. Kebanyakan kita menjadi buta kerana cinta, tetapi hakikat itu diputar-belitkan dengan mengatakan CINTA ITU BUTA! Cinta memang tak akan mengenal sesiapa, tetapi... untuk bercinta kita harus MENGENALI siapa yang hendak kita cintai, dan TAHU siapa yang mencintai kita. Andai, kita tak tahu - maka butalah kita dalam cinta.

"Apalah guna bercinta kalau hanya untuk merana?"

Ya, siapa yang mahu merana dan siapa yang nak menderita? Tanyalah mana-mana manusia pun, pasti semuanya inginkan bahagia. Tapi… siapalah kita untuk menentukan sesuatu? Kita cuma ada usaha dan ikhtiar kemudian berdoa agar kita sentiasa bahagia.

Cinta sebenarnya tak pernah menjanjikan bahagia. Cuma kita yang sentiasa mengharapkan cinta itu datang bersama bahagia. Sedangkan, pakej cinta itu termasuk bahagia dan derita. Ingat! Cinta itu berisi dengan BAHAGIA dan DERITA – itulah rencah kandungannya.

Cerita cinta memang popular, sama ada kisah kebahagiaan meraih cinta mahupun kisah merana gagal cinta. Kedua-duanya sama popular. Apapun yang lebih sedap dikisahkan adalah cerita cinta yang hampa. Entah kenapa, kisah-kisah cinta sadis itu cukup mendapat tempat. Mungkin kerana ia berkaitan dengan emosi dan perasaan. Biasanya, apa-apa saja yang bersangkut-paut dengan perasaan akan mudah diingati orang.

“Sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami-isteri…”

Bila bercakap tentang kekecewaan, bila berkisah tentang putusnya cinta dan ditinggalkan si dia, mahu tidak mahu kamu akan mengimbau kenangan bersamanya. Sudah pasti, kenangan silam yang muncul itu adalah kenangan pahit, bukan kenangan terindah. Yalah, sebab namapun mengenang kisah putus cinta kamu.

Kamu pasti berasa SAKITNYERRRR hati bila terkenangkan kenangan-kenangan tak indah bersamanya dulu, bukan? Itu biasa, lumrah manusia… bila dah tak bersama, luputlah keindahan yang pernah dikecapi berdua. Yang tinggal hanya yang pahit-pahit, masam-masam dan segala macam yang tidak enak!

Kenapa ya? Kenapa kamu hanya rasa sakit hati bila mengingat mantan kekasih? Bukankah dahulu kamu seronok bersamanya? Kenapa kamu menganggapnya seperti musuh sedangkan dulu kamu berbagi segalanya dengan dia?

Banyak juga yang MENGHUMBANKAN segala kenangan bersama mantan kekasih kerana alasan tak mahu mengingatinya lagi. Kamu humbankan segala barang pemberian waktu masih berkasih sayang, kamu koyak gambar-gambarnya barangkali. Tapi ingat, kamu tak akan mampu delete segala kenangan yang tersimpan dalam memori kamu. Tak mungkin kamu sanggup mendelete otak semata-mata tak mahu lagi mengingati dia?

Sudah-sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Semua manusia pernah melakukan kesilapan. Kamu dan dia bukan makhluk sempurna! Pertama-tama, bila kamu ditinggalkan si dia, kamu harus sedayanya mempositifkan pemikiran. Buang jauh-jauh rasa marah, benci dan seumpamanya… Ingat selalu kepada Maha Penyayang, bahawa setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Dan antara cara mudah kamu agar tidak membenci mantan kekasih, katakana kepada diri sendiri, “Aku akan bertemu pasangan yang lebih bari daripadanya.” Yakinlah bahawa Maha Pencipta telah menyediakan pasangan yang sesuai untuk kamu. Kalau kamu break dengan si dia, bermakna si dia TIDAK SESUAI untuk kamu.

Ingat juga, yang terputus ini hanyalah percintaan antara kekasih, yang belum ada ikatan bersaksi yang sah, belum ada perjanjian [ijab-kabul] yang termetrai antara kamu. Mungkin amu bleh duduk seketika dan renungkanlah…

Ini kisah seorang kawan, yang telah hampir 10 tahun mendirikan rumahtangga. Suasana yang kelihatan bahagia dengan seorang cahayamata, tapi siapa menyangka rupanya ada sesuatu yang tak kena. Di mana akhirnya, pasangan ini pergi ke pejabat kadi untuk berpisah. Sebelum itu mereka dipanggil untuk sesi kaunseling. Cukup memeningkan kepala ustazah yang mengendalikan sesi keunseling itu kerana… pasangan ini nampak biasa-biasa selamba. Tak ada langsung tanda-tanda keretakan antara mereka. Pergi kaunseling sama-sama, lepas kaunseling minum sama-sama, balik sama-sama.

Apabila ditanya, jawapan mereka, “Kami sudah tiada persefahaman.” Itu saja, mudah dan ringkas. Bila ditanya apakah ada alasan-alasan lain, jawap mereka, “Buat apa mencari alasan-alasan, kerana dengan alasan itu nanti kami akan mencari kesilapan pasangan. Kami akan saling salah menyalahkan, sedangkan kami pernah hidup bersama, pernah merasa bahagia bersama. Cukuplah dengan alasan kami, tiada persefahaman itu.”

Proses terus berjalan, sehinggalah ke mahkamah. Ketika itu juga mereka akan datang ke mahkamah bersama, naik satu kereta. Lepas itu makan-makan dan pulang bersama. Setelag segalanya selesai, tiba masa melafazkan talaq, tanda rasminya perpisahan di antara mereka.

Selepas tiada apa-apa ikatan lagi, mereka terus berkawan. Bertanya khabar, bertukar pendapat dan ada waktu saling berbagi masalah hidup masing-masing. Di awal perpisahan yang paling kerap mereka bincangkan adalah persoalan tentang diri masing-masing dari sudut pandangan orang lain. “Apa yang tidak kena dengan saya?” Mereka mengeluarkan pendapat masing-masing secara telus, kerana ketika itu mereka adalah kawan bukan lagi suami-isteri.

Sebenarnya, seseorang itu memang diciptakan untuk kita, tetapi mungkin bukan untuk hidup bersama. Mungkin kamu hanya serasa dengannya hanya sebagai kawan. Sebab itu cinta tak mesti bersatu. Orang yang kamu cintai tak mesti akan jadi milik kamu kerana ada orang lain yang diciptakan untuk MENCINTAI kamu. Dan, orang yang mencintai kamu itulah yang serasi dengan kamu.

Mungkin kisah kawan tadi tak banyak berlaku di kalangan masyarakat Melayu, tapi ada! Kamu mungkin patut dipertemukan dengan ‘kawan’ itu untuk mendengar ceritanya yang lebih panjang lebar, agar kamu yang pernah kecewa akan berasa lebih ‘sejuk’ untuk menerima kenyataan. Pertama-tama, kamu tanyakanlah apa yang dia rasa apabila berdepan dengan mantan isterinya. Apa perasaannya ketika itu. Dan tanyakanlah pandangannya terhadap bekas isterinya, kemudian bezakan pandangannya apabila bekas isterinya itu menjadi kawannya pula.

Pernah ditanyakan kepadanya soalan agak sengal, “Kenapa kau bercerai? Korang nampak ok jer?”

“Siapakah di muka bumi ini yang berkahwin tetapi ingin bercarai?” jawapan berbentuk soalan kembali ini yang dia berikan. Kemudian dia menyambung, “Senyum dan tawa bukan tanda aku bahagia, menangis pula bukan tanda aku derita… Dan, aku dengan dia tahu apa yang kami lakukan, yang pasti mungkin orang lain sukar memahaminya.”

0 ulasan:

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP