Belajar Bercinta : Bab Sembilan

Wednesday, January 10, 2007

SUDAH banyak kali didengar bahawa; mencintai bukan bermakna memiliki. Bermakna, kamu kena sentiasa ingat bahawa pasangan kekasih bukanlah milik mutlak kamu. Masing-masing ada hak kebebasan sendiri.

Cinta itu juga; memberi dan menerima. Kamu kena pasti bahawa apabila kamu mencintai seseorang, kamu harus memberi kebahagiaan kepadanya. Dan, apabila kamu dicintai, kamu harus bersedia untuk menerima apa yang sang kekasih kamu berikan. Kemudian, kamu harus juga menerima apa yang ada dan apa yang tiada padanya.

Cinta tak ada syarat! Kamu sebenarnya boleh menerima cinta sesiapa sahaja dan kamu juga boleh mencintai sesiapa sahaja. Tetapi, kamu harus tahu hakikat dan fitrah cinta. Yakni, cinta tak mesti bersatu. Kamu boleh menerima cinta sesiapa sahaja; tetapi kamu harus sedar bahawa mungkin dia bukan jodoh kamu. Begitu juga kamu boleh mencintai sesiapa sahaja, tetapi kalau si dia bukan jodoh kamu, cinta itu tak akan bersatu.

Cinta boleh disemai. Tak semestinya kamu akan bersatu hanya dengan orang yang kamu cintai setengah gila! Ingat... kita manusia hanya mampu merancang dan Dia yang menentukan. Andai, datang seseorang yang tidak kamu kenali namun dapat dipastikan dari perbadi dan penampilannya baik luar dalam, lalu menyatakan hasrat kepada kamu. Jangan terburu-buru menolak. Berilah masa kepada diri sendiri. Kamu boleh belajar untuk mencintainya kemudian. Kebahagiaan yang dia berikan mungkin menjadi baja kepada benih cinta yang kamu semai.

Dan, pastikanlah untuk memilih orang yang mencintai kamu berbanding orang yang kamu cintai. Memang, kalau dua-dua cinta bagaimana pula cara mahu menentukan cinta siapa yang lebih tinggi. Tak ada pengukur untuk ini dalam masa yang singkat. Cinta yang kemudian diikuti dengan kebersamaan akan menentukan sejauh dan sedalam mana cinta dia kepada kamu, dan cinta kamu kepadanya.

Seperkara yang sering kamu tak ingin fikirkan - cinta yang kamu bina mungkin putus di tengah jalan! Tapi, fikirkanlah kemungkinan buruk ini agar kamu lebih bersedia untuk menghadapi putus cinta, andai ia berlaku.

1 ulasan:

Anonymous Tuesday, January 16, 2007  

cinta itu satu anugerah..maka bukan hnya menerima, memberi, tp mghargai ..cinta itu takdir yg dirasa dn dilahirkn dr hati, diluahkn dgn perasaan..

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP