Open Your Heart!

Sunday, October 8, 2006

Seorang lelaki tertiarap di padang lapangan di bawah terik sinar matahari, dengan beg di belakangnya. Lalu sekumpulan orang menghampiri dan memeriksa keadaan lelaki tersebut. Meninggal! Mereka kemudian bersepakat membuka beg di belakang lelaki itu untuk mencari 'sesuatu' yang boleh membantu untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi. Ternyata mereka semua memikirkan perkara yang sama - ANDAI BEG ITU TERBUKA SESAAT SEBELUMNYA, MUNGKIN LELAKI TERSEBUT TIDAK AKAN MATI SEPERTI INI.

Apakah isi beg itu?

Ternyata isinya adalah PARACHUTE. Parachute itu gagal terbuka pada saat lelaki itu melakukan terjunan. Memang amat menyedihkan. Parachute menjadi penentu keselamatan jiwa para penerjun payung.

Dan... begitu jugalah hati kita. Hati hanya akan berfungsi jika dalam keadaan terbuka - open heart. Hati akan menjadi penyelamat. Kita akan menyerap petunjuk lebih mudah, menerima hidayah lebih mudah dan berperilaku lebih mulia. Jangan biarkan hati tertutup dengan kekotoran, yang akan kian menebal jika tidak segera dibersihkan. Kerana pada keadaan tertentu, kotoran hati tidak dapat dibersihkan dengan hanya sekali dua kali cucian! Kotoran hati tersebut sudah menjadi bahagian dari perilaku dan sikap sehari-hari manusia.

Oleh itu:-
Perhatikanlah hatimu kerana ia akan menjadi fikiranmu!
Perhatikanlah fikiranmu kerana ia akan menjadi perkataanmu!
Perhatikanlah perkataanmu kerana ia akan menjadi perbuatanmu!
Perhatikanlah perbuatanmu kerana ia akan menjadi kebiasaanmu!
Perhatikanlah kebiasaanmu kerana ia akan menjadi karaktermu!
Dan, perhatikanlah karaktermu kerana ia akan menjadi lintasan hatimu!


Semuanya kembali kepada diri kita. Tanyakan pada diri sendiri apa yang akan terlintas dalam hati kita pada saat ini, saat itu, dalam keadaan ini, dan jika berada dalam keadaan itu. Kerana kalau bukan diri sendiri yang bertanya, lalu siapa lagi? Tak mungkin orang lain!

5 ulasan:

Anonymous Sunday, October 08, 2006  

kerana diriku perempuan, hati menjadi sesuatu yg misteri.

BraderMacho Sunday, October 08, 2006  

kerana aku lelaki... biarlah kukuak misteri dalam diri...

Anonymous Monday, October 09, 2006  

rahsia hati..
xkan mudah kuungkapi
biar ia menjadi misteri
kerna disitu terletak harga diri

Akema Tuesday, October 10, 2006  

hati dan perilaku adakah selari??

iman yalin @ insan yalin Friday, October 13, 2006  

open ur heart
bukalah hati itu
kau akan mengerti
agar kau bisa merasai
dengan ketulusan
dalam kejernihan
bukan dgn hati mati yg membeku
dalam kelikatan matinya hati itu..

jaga tuturmu
ia mencerminkan laku
jaga lakumu
itu cerminan peribadi
buka hatimu
ladeni rasa ini (open ur heart) :) syukran brad..

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP