Garisan Cinta Laut dan Langit

Monday, October 2, 2006

Dahulu kala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka sama-sama saling menyukai antara satu sama lain. Betapa sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dengan langit, betapa sukanya langit terhadap laut, warna langit sama dengan laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan, “aku cinta padamu” ke telinga langit. Setiap langit mendengar bisikan penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu dan wajahnya menjadi kemerahan.

Suatu hari, datang awan... apabila melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh hati terhadap langit. Tentu saja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut saja. Awan sedih tapi tidak putus asa, mencari cara dan akhirnya menemukan akal.

Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ke tengah-tengah langit dan laut, menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan gelombangnya, laut berusaha menyibak awan yang mengganggu pandangannya.

Tapi tentu saja tidak berhasil.

Lalu datanglah angin, yang sejak dulu mengetahui hubungan laut dan langit berasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang mengganggu.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Awan terbahagi-bahagi menjadi banyak bahagian, sehingga tidak dapat lagi melihat langit dengan jelas, tidak dapat lagi berusaha mengungkapkan perasaan terhadap langit.

Sehingga ketika berasa terseksa dengan perasaan cinta terhadap langit, awan menangis sedih. Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisahkan.

Kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali ke laut, di mana ada satu garis antara laut dan langit, di situlah mereka sedang bersatu.

11 ulasan:

Akema Monday, October 02, 2006  

kenapa cinta mesti ada halangan dan dugaan?

jakalll Tuesday, October 03, 2006  
This comment has been removed by a blog administrator.
BraderMacho Tuesday, October 03, 2006  

semua hal pasti ada halangan, akma... termasuk cinta. takde halangan, tak besh arr... dugaan mendewasakan kita...

salam du... amik ler du... jumpa kat mana ntah ari tu citer nih. hehehe...

iman yalin @ insan yalin Wednesday, October 04, 2006  

cinta perlu ada halangan baru kita tahu besarnya rasa cinta tu..kalau senang..senang sangat cinta tu akan pergi..salam penuh cinta dari yalin..

Hajar Thursday, October 05, 2006  

cinta memang sentiasa ada halangannya dan dugaannya. memang betul kata brad, dugaan mendewasakan. dalam berkawan pun mesti ada halangannya ye tak?
Apa pun, dugaan yang kita lalui tu sebenarnya lebih membuat kita menghargai peluang yang ada...;)

BraderMacho Thursday, October 05, 2006  

wahahaha... besh la adik2ku... semua dah ada pengalaman memasing. moga bahagia jer nanti ekk.

Anonymous Thursday, October 05, 2006  

tak leh tulih namaku yang chumel ini laa..

[ jidah chumel ]

huhu...cinta langit dan laut.. besh tol! tu aje.. ekeke... tak pandai nak komeng2 cam kak yalingg... muahaha

BraderMacho Thursday, October 05, 2006  

hang ni belajaq IT kan jidah? huehuehue... mcm mana itu pon x tau? hang keje la login nama hang dulu...

Anonymous Friday, October 06, 2006  

tak de nyer... dah tak leh log in.. :p tempat utk username pon tak naik.. nak log in apa???

[jidah chumel ] :p

BraderMacho Friday, October 06, 2006  

cheh! org len buleh ja... yalin yg pemalu pun buleh tulih nama, hang yg tak taw malu2 tak leh lak... muekekeke!

Anonymous Monday, October 09, 2006  

langit & laut..
indahnya percintaan kamu
tidak seperti aku
tiada angin membantu
awan jua tidak sudi menunggu
cintaku sentiasa berlagu pilu

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP