> Belajarlah Bercinta!
Wednesday, July 19, 2006
Cinta perlu disemai, perlu dibelai. Hidupkan cinta dalam diri, untuk belajar mencintai orang lain, agar nanti orang akan menerima cinta kita seadanya. Dan, jangan lupa untuk belajar menerima cinta orang lain. Sentiasalah memberi peluang kepada diri sendiri untuk 'tenggelam' dalam cinta. Kemudian, sentiasalah memberi peluang kepada cinta untuk meresap ke dalam diri.
Apabila cinta telah bersatu dengan jiwa... lalu, kita akan mampu menerima orang lain sebagaimana orang lain dapat menerima kita adanya.
Benarkah cinta akan datang sendiri? Bagai yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang... Cinta itu memang sentiasa ada. Wujudnya bersama kelahiran kita. Cinta dan diri kita dilahirkan bersama, dan... kita lahir juga atas dasar cinta! Menanti datannya cinta menyapa diri ada kala bagai menanti buah tak gugur. Bukankah kita telah diingatkan... disarankan untuk mencari sesuatu yang kita ingini?
Cinta itu sentiasa ada, ada di mana-mana termasuk di dalam diri kita. Tapi, carilah cinta! Kerana cinta tak akan datang begitu saja. Ia tak tumbuh tanpa disemai. Ia tak subur tanpa disiram. Ia tak berkembang tanpa dibelai. Cinta harus dicari, namun tak perlu memburunya!
Cinta sebenarnya mengajar kita tentang erti hidup dan kehidupan, andai kita mahu cuba mencari makna cinta. Memang, tak akan ada sesiapa pun yang mampu menafsir makna cinta dengan sebenar-benarnya. Makna cinta akan berlainan kepada manusia. Kita menafsirnya dengan makna begini, orang lain pula melihatnya begitu. Itulah hakikat dalam hidup dan kehidupan kita ini... akan sentiasa berubah mengikut masa.
Oleh sebab itu juga, kita harus sentiasa belajar. Untuk belajar tentang hidup dan kehidupan cukup dengan belajar memahami cinta itu. Kerana dalam cinta ada segalanya. Ada diri kita, ada diri orang lain, dan... adanya Maha Pencipta sekalian alam ini.
"Kita tak pernah sehaluan, tetapi mencari sesuatu yang sama. Kita mungkin tak pernah seiringan jalan, tetapi kita menuju desinasi yang serupa. Kita belayar dalam kapal yang berlainan, tetapi kita akan berlabuh di pelabuhan yang tiada bezanya."
5 ulasan:
maaf r ketawa cam puntaianak tadi.cuma tu menunjukkan yang saya giler-giler nyer gumbira sbb blehlah saya baca artikel brad tanpa booooooooossssssssaaaaaaaaaaaannnnnnnnnn!!!!!!!!!
err saya nak tanya brad ni camner brad buat blog brad ni giler nyer lawa.sya takleh pon buat cenggitu kat blog saya waliterindah@blogspot.com.amacam brad buat gambar kat tajuk blog ni,lagu,ruang chat,siap bleh g forum lak tu!!!!!!! ajar saya boleh tak????????????????!
ish ish ish..
sengal la sang..
jaoh gile nak skroll komen..
kikikikikik..
rororororosakkk sang ni..hihi
Interesting website with a lot of resources and detailed explanations.
»
Post a Comment