> Kerana Kau Perempuan!

Tuesday, July 18, 2006


WANITA; AKAL SENIPIS RAMBUTNYA

Jangankan lelaki biasa
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walau ada segalanya
Apa yang ada di dalam syurga
Namun Adam tetap rindukan Hawa
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok
Untuk diluruskan oleh lelaki
Tetapi seandainya lelaki itu tidak lurus
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah
Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta
Kerana nantinya mereka semakin liar
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan
Kerana nantinya mereka semakin derita
Kenalkan mereka kepada Allah
Zat yang kekal
Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya tebalkan ia dengan ilmu
Hati serapuh kaca kuatkan dengan iman
Perasaan selembut sutera hiasilah dengan akhlak
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabb
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan
Ia bukan diskriminasi Allah
Sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah.

Wanita yang lupa akan hakikat kejadiannya
Pasti tidak akan terhibur
Dan tidak akan menghiburkan
Tanpa iman ilmu dan akhlak mereka tidak akan lurus
Bahkan akan semakin membengkok
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya.

Bila wanita menjadi durhaka
Pasti dunia lelaki akan menjadi huru-hara
Lelaki pula jangan mengharapkan ketaatan semata-mata
Tapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi
Pimpinlah diri kepada-Nya
Jinakkan diri kepada Allah
Nescaya akan jinaklah segala galanya di bawah pimpinanmu
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az Zahra r.a.
Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali karamallahuwajhah.

2 ulasan:

Anonymous Saturday, August 12, 2006  

Very pretty design! Keep up the good work. Thanks.
»

Anonymous Friday, August 18, 2006  

Your site is on top of my favourites - Great work I like it.
»

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP