> Tentang Cinta

Friday, June 2, 2006




Cinta tak pernah akan begitu indah, jika tanpa persahabatan… yang satu selalu menjadi penyebab yang lain dan prosesnya, adalah irreversible...

Seorang pecinta yang terbaik adalah sahabat yang terhebat!

Jika kamu mencintai seseorang, jangan berharap bahawa seseorang itu akan mencintai kamu seperti sebaliknya dalam jumlah yang sama. Satu di antara kalian akan memberikan lebih, yang lain akan dirasa kurang...

Begitu juga bagi kamu yang mencari, dan yang lain akan menanti...

Jangan pernah takut untuk jatuh cinta… mungkin akan begitu menyakitkan, dan mungkin akan menyebabkan kamu sakit dan menderita. Tetapi jika kamu tidak mengikuti kata hati, pada akhirnya kamu akan menangis, jauh lebih pedih kerana saat itu disedari baahwa kamu tidak pernah memberi!

Cinta itu sebuah jalan. Cinta bukan sekadar perasaan, tapi sebuah komitmen. Perasaan boleh datang dan pergi begitu saja...

Cinta tak mesti berakhir bahagia, kerana cinta itu tidak harus berakhir!

Cinta sejati mendengar apa yang tidak dikatakan dan mengerti apa yang tidak dijelaskan, sebab cinta tidak datang dari bibir dan lidah atau fikiran, melainkan dari HATI.

Ketika kamu mencintai, jangan mengharapkan apapun sebagai imbalan, kerana jika demikian, kamu bukan mencintai, melainkan ibarat sebuah pelaburan!

Jika kamu mencintai, kamu harus bersedia untuk menerima penderitaan. Kerana jika kamu mengharap kebahagiaan, kamu bukan mencintai, melainkan memanfaatkan.

Lebih baik kehilangan harga diri dan egomu bersama seseorang yang kamu cintai daripada kehilangan seseorang yang kamu cintai, kerana egomu yang tak berguna itu!

Bagaimana aku akan berkata, “SELAMAT TINGGAL…” kepada seseorang yang tidak pernah aku miliki?

Kenapa titis air mata jatuh demi seseorang yang tidak pernah menjadi kepunyaanku? Kenapa aku merindukan seseorang yang tidak pernah bersamaku dan aku bertanya, “Kenapa aku mencintai seseorang yang cintanya tidak pernah untukku?”

Sangat sulit bagi dua orang yang mencintai satu sama lain ketika mereka tinggal dalam dua dunia yang berbeza. Tetapi ketika kedua dunia ini melebur dan menjadi satu, itulah yang disebut KEAJAIBAN!

Cinta mungkin akan menjadikan hatimu bagaikan kepingan-kepingan kaca, tapi tancapkan dalam fikiranmu, bahawa ada seseorang yang akan bersedia untuk membalut lukamu dengan mengumpulkan kembali pecahan-pecahan kaca itu, sehingga kamu akan menjadi teguh kembali...

2 ulasan:

Anonymous Friday, March 02, 2007  

best regards, nice info » »

Anonymous Tuesday, April 24, 2007  

That's a great story. Waiting for more. » »

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP