Pilihan Hidup
Sunday, February 26, 2006
Bila dihadapkan dengan pilihan, apakah kita memiliki untuk sihat, aman damai, mempunyai ramai rakan dan bahagia, atau kita memilih hidup miskin, sakit, dibenci dan sengsara? Pilihan ini tentu mudah! Semua orang tentu akan mengambil pilihan pertama tanpa berpikir panjang.
Tapi mengapa yang ada dalam pilihan pertama tidak seluruhnya hadir dalam kehidupan kita? Adalah kenyataan, bahawa sebenarnya kita mempunyai pilihan, tetapi tidak diberikan sekali gus seperti yang kita ingini. Pilihan itu diberikan bahagian demi bahagian dalam setiap sisi kehidupan kita. Saat demi saat, hari demi hari - semua yang kita pilih dalam hidup sebenarnya adalah bahagian dari pilihan tersebut. Dan pilihan kitalah yang menjadi kenyataan hidup dalam hidup ini.
Pilihan-pilihan sederhana yang kita buat, yang mungkin kita anggap remeh, sebenarnya akan membentuk jawapan besar. Pilihan-pilihan sederhana ini yang mempengaruhi hidup kita. Di sepanjang perjalanan kehidupan, kita akan terus berhadapan dengan pilihan-pilihan sederhana. Untuk itu tetaplah fokus pada arah mana tujuan hidup kita. Buatlah pilihan yang tepat - walaupun sederhana – kerana hidup kita akan ditentukan oleh pilihan-pilihan yang kita buat...
4 ulasan:
yeps uncle brad...sy stuju gan apa yg uncle tulis ni...apapun syukur dgn segala yg Dia tentukan buat kita :)
mmg kita di beri byk pilihan dalam menentukan hidup kita...so, terpulang kepada kebijaksanaan kita tuk menentukan pilihan mana yg kita ambik...namun, harus berhati2 juga, coz kalo tersalah pilih, merana diri sendri...Wallahualam...
Looking for information and found it at this great site... Screen inkjet nozzle at what age can u buy diet pills Printer cd label direct Cooking schools as a hobby
Excellent, love it! Polish best auto pre-contest bodybuilding Tv show review Challenges in video conferencing Denver tax accounting services Passat rack roof used debts consolidate us Insurance from american express debt get secured
Post a Comment