> Gagal = Takut Mencuba

Friday, February 24, 2006

Apakah kita termasuk dalam golongan orang yang takut gagal? Sedemikian takutnya sehingga kita tidak berusaha untuk mencuba! Cuba kita fikirkan kembali, hal tersebut benar-benar tidak masuk akal. Dengan tidak mencuba apa-apa walau hanya untuk sekali, sebenarnya kita SUDAH GAGAL! Makanya, rasa takut gagal adalah penyebab kegagalan yang sebenar-benarnya.

Apakah kita berasa takut? Cuba perhatikan rasa takut kita itu. Perhatikan mesej yang berusaha disampaikannya. Rasa takut membuat kita lebih waspada. Rasa takut memberi energi ekstra. Rasa takut membuat kita mampu mengatasi rintangan-rintangan sukar. Tidak ada yang mampu mendorong sumber daya dalam diri kita - lebih dari rasa takut.

Rasa takut sebenarnya ada untuk mendorong kita maju, bukan untuk menahan kita. Biarkan rasa takut mengajarkan kita. Biarkan rasa takut mempersiapkan diri kita. Tetapi jangan membuat rasa takut menghentikan kita. Saat rasa takut menahan kita, cuba perhatikan baik-baik apa yang menyebabkan rasa takut - dan kita akan menemukan alasan untuk bergerak maju.

Kegagalan paling abadi adalah kegagalan untuk mulai bertindak. Bila kita sudah mencuba - dan ternyata gagal, kita memperoleh sesuatu yang boleh dipelajari dan mungkin mencuba kembali. Kita tidak akan pernah gagal bila kita terus berusaha!

Usaha, doa dan tawakal, insya-Allah…

4 ulasan:

nurjihad Sunday, February 26, 2006  

hmm..betul tu, kegagalan tu kadangkala anak panah untuk kearah kejayaan.. :P

Anonymous Monday, February 27, 2006  

betul aper yg dikata oleh brad...kadang2 kita tkut nk hadapi kegagalan....tp kegagalan lh yg mmbawa kita kepada kejayaan...=)

Lil Noorie berkata Thursday, March 02, 2006  

assalamualaikum, tol2 agree with usaha doa dan tawakal dan doa dan doa dan doa. dan minta ibu bapa kita doakan sama barulah kehidupan kita ni akan sentiasa di rahmati dlm segala sesuatu yg kita lakukan ameen :D bro saya xleh nak anta msg kat shout box awat lah :)

Anonymous Tuesday, March 06, 2007  

What a great site Tamictolon neurontin travel to hawaii Red kitchen faucet Nevada all inclusive Dress maternity strapless Valtrex with aspirin side effects Zyrtec vs allegra vs clarinex Online colleges and universities in illinois Annual salary of dentist http://www.skin-care-products-3.info/the-affiliate-programs-directory-lifestyle-beauty.html 2004 saab 9 3 linear photos

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP