Jadi Sahabat Yang Baik

Tuesday, November 22, 2005




1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.



2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.



3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.



4) Hargai pendapat satu sama lain.



5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.



6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, katakanlah.



7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.



8) Belajar daripada satu sama lain.



9) Jangan mengata di belakang kawan anda.



10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.


m u s l e e m . c o m

2 ulasan:

Anonymous Wednesday, November 23, 2005  

sahabat sejati...
andai apa yang aku miliki ini adalah sahabat yang sejati
maka aku amat...teramat berbangga
kerana mamiliki seorng sahabat
yang setelah mengenalinya...
dia buat aku labih mengenali TUHANku sendiri...
semoga DIA merahmatinya selalu

rkuKauDya

lien Thursday, November 24, 2005  

sahabat...
telah bermacam ragam dan rupa yang aku temui...sehingga satu ketika aku terasa teramat lelah untuk persahabatan...namun,mana mungkin untuk kita hidup sendiri di bumi ALLAh ini kan?!...
moga ku sentiasa punya alasan untuk terus tersenyum...

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP