Harapan Seorang Lelaki

Sunday, November 27, 2005

Wanita suci,
Mungkin aku memang tidak romantis, tetapi siapa peduli?
Kerana kau tidak mengenaliku dan memang tidak perlu mengenalku.
Bagiku kau bunga, tidak mampu aku samakanmu dengan bunga terindah sekalipun.
Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah, tersempurna dan tertinggi.
Bagiku dirimu salah satu dari semua itu, kerana kau tidak memerlukan persamaan.


Wanita suci,
Jangan pernah biarkan aku menatapmu penuh, kerana akan membuatku mengingatmu.
Bererti memenuhi kepalaku dengan keinginan terhadapmu.
Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku.
Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa, sehangat semangat mentari.
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh lumpur.
Kerana sesungguhnya dirimu terlalu suci.

Wanita suci,
Berdua-duaan menghabiskan waktu denganmu bagaikan mimpi tidak berpenghujung.
Ada ingin tapi tiada henti.
Menyentuhmu merupakan ingin diri, walau hujung penutupmu pun tak berani kusentuh.
Jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku kerana sucimu kau pertaruhkan.
Mungkin kau tidak peduli
Tapi kau hanya menjadi wanita biasa di hadapanku bila kau kalah.
Dan tak lebih dari wanita biasa.

Wanita suci,
Jangan pernah kau tatapku penuh
Bahkan tidak perlu kau lirikkan matamu untuk melihatku.
Bukan kerana aku terlalu indah, tetapi kerana aku seorang yang masih kotor.
Aku biasa memakai topeng keindahan di wajah burukku, mengenakan pakaian sutera emas.
Meniru laku para insan suci, walau hatiku lebih kotor dari lumpur.
Kau memang suci, tetapi masih sangat mungkin kau dimanipulasi.
Kerana kau sebenarnya hanya manusia - hanya wanita.

Wanita suci,
Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci yang dengan sepenuh hati membawamu ke hadapan Tuhanmu.
Untuknya dirimu ada, itu kata otakku, terukir dalam kitab suci, tidak perlu difikir lagi.
Tunggu sang lelaki itu menjemputmu, dalam kalimah akad yang indah.
Atau kejar sang lelaki suci itu, kerana itu adalah hakmu, seperti dicontohkan ibunda Khadijah.
Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir dalam kitab suci.

Wanita suci,
Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas.
Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu, mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tidak ada sampai kau mati.
Mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di fana saat ini.
Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu, yang kau bina dengan segala kekhusyukan tangis doamu.

Wanita suci,
Pilihan Allah tidak selalu seindah inginmu, tetapi itu pilihan-Nya.
Tidak ada yang lebih baik dari pilihan Allah.
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu, melainkan pada jalan yang kau pilih.
Seperti kisah seorang wanita suci di masa lalu yang meminta ke-Islam-an sebagai mahar pernikahannya.
Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi.
Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta
dalam setiap denyut nadi kita.

6 ulasan:

Anonymous Monday, November 28, 2005  

Brad,
xtau nak kasik komen apa yg padan..just..nak tulis..ani KAGUM dgn entry nih..terlalu KAGUM.

Anonymous Monday, November 28, 2005  

andai semua wanita di dunia sesuci ni..mesti kurang wanita jd penghuni neraka jahannam kan..

sajak terbaek..sgt suke..
terima la kasey yek kat pengkarang sajak ni..syabas..sejok hati bace sajak ni seh.. :Þ

hikMah Tuesday, November 29, 2005  

em macam pernah terbaca sajak ni kat tempat lain..mungkin dari emel yg diforward2kan kot..alhamdulillah,moga Allah memberi hidayah kepada sang wanita untuk menjadi wanita suci dan sang lelaki juga untuk menjadi lelaki yg suci kerna sesungguhnya,
"perempuan2 keji utk lelaki2 keji,lelaki2 keji utk perempuan2 keji pula,perempuan2 baik utk lelaki2 baik,lelaki2 baik utk perempuan2 baik pula....." (an nur:26)
wallahualam

Anonymous Thursday, March 23, 2006  

hmmmm....sdih r bce....trase diri ni ...malu sgt...malu...sy mmg ske...

Anonymous Saturday, February 03, 2007  

This is very interesting site... Telephone answering service tuscaloosa alabama wet t-shirt Herpes outbreaks while taking valtrex daily emhart accounting glacier bay faucets Internet connection sharing was Body kit rabbit vw Yuciapa golf club breast eee implants cheap car rental plastic surgeons http://www.wellbutrin4.info/cool-humidifier-humidifier-mist-mist-vs-warm.html Florida mortgage lead Tucson plastic surgeon

Anonymous Wednesday, February 14, 2007  

What a great site Perfume-free aftershave Stegan air filter Cingular phone and plans in amarillo texas Oveall health ezine advertisement beauty tips stop smoking Nissan and retirees

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP