Satu Pertanyaan; Haruskah Aku Mengeluh?

Sunday, October 16, 2005

Haruskah aku mengeluh? Sedangkan Allah SWT memberikan nikmat Islam kepadaku. Nikmat yang menerangi jalanku. Nikmat yang menunjukan jalan menuju keselamatan. Nikmat yang memberi petunjuk untuk bahagia dunia akhirat.


Haruskah aku mengeluh? Sedangkan aku dianugrahkan dengan ibu bapa yang bijak, yang menjadi inspirasi hidupku, yang membimbingku ke arah hidup yang lebih baik, yang membesarkan dan mendidikku, yang tidak pernah jemu menjaga dan memanjakan agar aku membesar sihat, kuat, dan cerdas, yang rela berkorban demi kebaikanku.


Haruskah aku mengeluh? Sedangkan aku dijodohkan dengan seorang isteri yang cantik dan penyabar, yang sentiasa menemani tatkala aku suka mahupun duka, yang sentiasa mendoakanku selepas solatnya, yang sentiasa memberikan dorongan agar aku terus bergerak, yang memberikan kekuatan ketika aku lemah, yang tanpa lelah melayani keperluanku.


Haruskah aku mengeluh? Sedangkan aku dikelilingi saudara-saudara yang baik hati. Saudara yang suka menghibur aku, saudara yang sentiasa sedia membantu aku. Saudara yang sering aku minta nasihat dan pendapat. Saudara-saudara yang sentiasa berjuang bersama demi kebaikan bersama. Saudara-saudara yang memberi semangat agar aku berani menjalani hidup.


Haruskah aku mengeluh? Sedangkan aku diberikan banyak kelebihan. Aku memiliki kemampuan belajar, aku memiliki kemampuan berbicara, aku memiliki kemampuan menulis, dan keyakinan bahawa masih mampu memiliki kemampuan-kemampuan yang lainnya.


Dan banyak lagi nikmat dari Allah yang tidak mampu aku sebutkan. Tidak terhitung banyaknya! Jadi, mengapa harus aku mengeluh?

3 ulasan:

Anonymous Monday, October 17, 2005  

aku mengeluh kerana aku tidak kuat. aku mengeluh kerana aku lelah.

tapi aku tidak mengeluh terlalu lama. aku aku sedar nikmat yang diberikan kepadaku.

aku ada DIA, Tuhan Yang Maha Pengasih.

aku ada ayah dan ibu, yang sentiasa menjadi sumber inspirasiku.

aku ada semuanya yang setiap insan juga ada.

aku tahu.. aku tidak boleh mengeluh terlalu lama.... :)

Anonymous Wednesday, October 19, 2005  

mengapa perlu mengeluh sedang hati masih mahu
jangan berkeluh
kerana tuhan
tak pernah mengeluh untuk menciptakan kita

Anonymous Thursday, April 26, 2007  

That's a great story. Waiting for more. filipino bikini girls

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP