tentang kita

Thursday, September 15, 2005


Kekasih Sejati



Adalah kebahagiaan yang tiada taranya bagi setiap kita manusia, bila dalam perjalanan hidup ini, suka mahupun duka, kita disertai oleh 'kekasih sejati'. Lalu siapa sebenarnya yang dimaksudkan dengan 'kekasih sejati'?



Hampir dipastikan, setiap kita manusia berupaya untuk mempunyai 'kekasih sejati', walau disedari bahawa kita hamba ini penuh dengan keterbatasan dan kekurangan. Kegagalan tidak harus membuat kita menjadi seorang yang lemah, apalagi tersungkur dengan kata-kata yang menyakitkan. Namun sebenarnya siapa yang dinamakan 'kekasih sejati' itu?



Dalam sebuah hikayat diceritakan, Hatim al-Asham bersama dengan Syaqiq al-Balkhi selama 30 tahun. Hatim Berkata, ''Saya melihat setiap orang memiliki kekasih dan mencintai kekasihnya. Tetapi mereka hanya bersama sehingga menjelang kematian dan pintu alam kubur. Ketika mereka memasuki alam kubur, pasti akan berpisah dengan kekasihnya itu. Kecuali 'kekasih setia' yang satu ini, yang menyertai seseorang memasuki alam kubur, iaitu amal soleh. Maka dari itu, amal solehlah yang kujadikan sebagai kekasih, kerana sehingga alam kubur pun ia tetap menemaniku setia.''



Apabila kita merenungi ungkapan Hatim, kita memperoleh satu ketegasan bahawa 'kekasih sejati' itu adalah sesuatu yang selalu dan akan bersama kita, di mana, bila dan ke mana pun kita pergi.



Amal soleh adalah setiap perbuatan seseorang yang baik menurut Allah SWT dan maslahat untuk kehidupan manusia, baik bagi yang melakukannya ataupun untuk orang lain. Bentuk dan jenis amal soleh itu pelbagai, mulai dari yang paling sederhana, yakni 'senyum'.



'Amal soleh' adalah kekasih sejati yang akan membawa selamat dunia akhirat, sebagaimana disebut dalam surah al-Qashash ayat 67 dan surat al-Nahl ayat 97.



Memang, secara manusiawi, untuk beramal soleh jenis yang paling sederhana sekalipun, terkadang sulit dilakukan. Perjuangan untuk beramal soleh itu harus dilakukan seperti kita berjuang untuk mendapatkan atau mempertahankan kekasih. Jika kita tahu hanya amal soleh, kekasih yang setia menyertai kita dunia akhirat, tentunya kita tidak akan pernah berhenti dan berpisah dengan 'amal soleh, bila, di mana dan ke mana pun kita pergi.



Semoga Allah SWT memberi pertolongan agar kita tidak pernah terpisah dengan amal soleh, kekasih sejati yang akan menyertai kita di dunia dan di akhirat.

1 ulasan:

Anonymous Wednesday, November 23, 2005  

tapi.. aku lebih menyinatai Tuhan dan Rasul ku.. mlebihi sgala2 nyaa.. aku ingin menyintai-Nya selama2 nya..
dan aku tahu Dia tak akn mninggal kn ku..
dan aku tak bimbang lagi tntang hdup ini..
hdup yg pnuh dgn kcintaan..

tapi tdk brguna..
kerna smentara..

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP