tentang kita

Thursday, August 18, 2005





Kejujuran


Mencari seseorang yang jujur ketika ini hampir sama mustahilnya dengan mencari jarum di dalam timbunan jerami. Jujur bukanlah semata-mata tidak berkata dusta. Ketika Nabi SAW bersabda, katakanlah kebenaran itu walupun pahit, sebenarnya Baginda memerintahkan kita untuk berlaku jujur dengan lidah kita. Ketika Nabi SAW bersabda, andaikata Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya akan aku potong tangannya, sesungguhnya Baginda mengajarkan kita untuk bertindak jujur dalam menegakkan hukum walaupun terhadap keluarga sendiri.


Ketika al-Quran merakam kalimat suci, sampaikanlah amanat kepada yang berhak, sesungguhnya Allah SWT menyuruh kita bersikap jujur ketika memegang amanah. Sewaktu Allah SAW menghancurkan harta si Karun kerana berkata bahawa harta itu diraihnya sebab kerja kerasnya semata-mata, bukan kerana anugerah Allah SWT, sebenarnya Allah SWT sedang memberi peringatan kepada kita bahawa itulah azabNYA terhadap mereka yang tidak berlaku jujur akan rahmat Allah.


Lihatlah, pandanglah, cerminlah diri kita sekarang!


Masihkah adakah kejujuran di dalam segala tindak-tanduk kita? Ketika kita terima wang sogokan sebenarnya kita telah tidak berlaku jujur. Ketika kita enggan menolong rakan kita, walaupun kita sedar mampu menolongnya, saat itu kita telah menodai kejujuran.


Masih ada lagikah orang jujur ketika ini?


Wahai Maha Agung, betapa jauh perilaku kami dari contoh yang diberikan NabiMU.

0 ulasan:

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP