tentang kita

Tuesday, July 5, 2005




Kegagalan merupakan sesuatu yang menyakitkan bagi sesiapa saja. Bagi sesetengah orang, kegagalan merupakan akhir dari segala-segalanya! Oleh kerana itu hampir tak ada seorang pun di dunia ini yang ingin gagal. Kadangkala sikap dan sifat takut gagal inilah yang menyebabkan kreativiti kita terbelenggu dan motivasi terpasung sehingga kita tidak berani untuk mencuba sesuatu.

Ternyata perasaan takut gagal, takut andai melakukan kesilapan adalah KESILAPAN TERBESAR. Kajian membuktikan bahawa rata-rata manusia hanya hidup dalam 20% dari kemampuan sebenarnya. Selebihnya, 80% potensinya belum digunakan. Ini disebabkan adanya perasaan takut gagal. Kebanyakan kita hanya ingin mencari dan mencuba sesuatu yang mudah saja dalam hidup ini kerana tak berani mengambil risiko.

Sesungguhnya, kegagalan itu boleh memacu kita untuk meraih kejayaan dan kesuksesan. Ertinya, kegagalan adalah langkah awal menuju keberhasilan. Kegagalan mampu membuka pintu kesedaran dan ketahanan diri kita dalam menghadapi sesuatu masalah atau untuk melakukan sesuatu. Kegagalan juga merupakan cermin untuk melihat kedudukan diri kita dengan objek, masalah, ataupun lingkungan sekitar.

Banyak kisah tokoh dunia yang dapat kita jadikan contoh bagi memotivasikan diri. Mereka juga pernah gagal dalam hidup. Kegagalan menjadi bahagian daripada hidup mereka. Namun dengan kegagalan itulah mereka justru dapat dikenang dunia sehingga kini.

Thomas A. Edison dianggap bodoh oleh gurunya hingga dikeluarkan dari sekolah kerana sering ketinggalan kelas. Berkat kesabaran ibunya, Edison belajar berdikari dan kini terkenal dan terus dikenang atas jasanya menemukan ratusan penemuan (salah satunya lampu elektrik). Walt Disney pernah dipecat oleh seorang editor surat kabar kerana dianggap kekurangan idea. Dia juga sempat beberapa kali mengalami kegagalan sebelum akhirnya berhasil membina Disney Land. Albert Einstein belum mampu bercakap sehingga usia empat tahun dan belum boleh membaca hingga berumur tujuh tahun. Gurunya menyebutnya sebagai murid yang ingatannya lembab, tidak mampu bergaul, dan selalu khayal dengan angan-angan kosongnya! Dia juga dikeluarkan dari sekolahnya dan pernah ditolak masuk di Zurich Polytechnic School. Akan tetapi, dunia akhirnya mengenangnya sebagai ahli fizik terulung sepanjang zaman dan terkenal dengan teorinya.

Beberapa kisah sukses tokoh dunia tadi boleh dijadikan satu renungan, bahawa di balik kegagalan ada jalan menuju gerbang kejayaan. Gagal bukan akhir dari segala-segalanya. Akan tetapi, kegagalan menjadi titik-tolak biduk berlayar melalui gelombang lautan dan badai kehidupan menuju pulau impian. Tentunya dikayuh dengan motivasi dan sikap pantang menyerah.

Dalam era serba canggih ini, terkadang kita dihadapkan dengan pola hidup yang hanya berfokus pada pencapaian, tanpa memikirkan prosesnya. Manusia menjadi lupa bahawa sebuah proses sangat mendewasakan. Pola fikir instant membuat ketidaksabaran dan memperlecehkan masalah, serta menghalalkan segala cara, yang penting tujuan tercapai. Kita hanya ingin menerima kejayaan dan kesuksesan sebagai bahagian gaya hidup popular. Ekspresi syukur kita juga terpamer hanya pada saat kejayaan diraih sahaja. Kita tidak bersedia menerima dan mengalami kegagalan, dengan segala risiko yang menjadi konsekuensinya.

Sesungguhnya, orang yang sukses adalah mereka yang tidak pernah berhenti berusaha sewaktu mengalami kegagalan. Sementara orang yang kalah adalah mereka yang berhenti berusaha, ketika kegagalan datang menghampiri. Orang yang sukses akan menakluki rasa takut dengan menghadapinya, dan mengatasi rasa sakit dengan mengalaminya. Seorang pemenang adalah orang yang berhasil keluar dari kegagalan demi kegagalan.

Gagal itu guru yang bijak. Kerana Maha Pencipta memberikan penyedaran, pencerahan, dan pengasihan melalui kegagalan yang kita alami. Tak ada cubaan dan ujian yang diberikan melebihi kemampuan kita. Justru dengan kegagalanlah kita bisa mengekspresikan kegembiraan dan puji syukur pada Maha Pemurah secara alami.

Gagal itu berkat. Hanya bagaimana kita mengendalikan kegagalan itu menjadi sebuah pemacu bagi kemajuan yang bererti dalam hidup ini. Dengan memahaminya dalam penuh sukacita dan sikap elegan yang pantang menyerah. Sebab Maha Pencipta akan bersama hamba-Nya yang berikhtiar secara sungguh-sungguh tanpa berputus asa.

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP