kerana kau perempuan
Friday, June 10, 2005
kau dekat
tapi tak mampu
kurapat!
kau dekat
tapi tak dapat
kulihat!
kau dekat
tapi tiap langkahku
tersekat!
kulihat kau terkapai
tapi tanganmu
tak mampu kucapai!
kulihat kau tersungkur
tapi rebahmu
bagai kulihat dengan akur!
kulihat kau ingin bangkit
tapi tak mampu kuberi
tenaga walau sedikit!
kau dekat...
aku menyongsang hakikat
kau dan aku belum cukup rapat.
> untukmu adikku...
0 ulasan:
Post a Comment