kerana kau perempuan

Tuesday, May 31, 2005

Salam kasih sayang...
Kerana kau perempuan, aku tahu terlalu banyak yang kau inginkan. Kerana aku lelaki, makanya aku tahu sejauh mana keinginan kau harus dipenuhi. Air mata dan emosi, antara dua senjata kau perempuan. Mungkin untuk memenuhi impianmu, mungkin untuk melampiaskan sejuta satu rasa yang terbuku, mungkin juga untuk cuba memberitahu agar orang lain memahamimu.

Kerana kau perempuan, kau ingin disayangi, namun kasih sayang kadang kala memusnahkan dirimu. Bukan kerana kurangnya kasih sayang yang kau perempuan terima, bukan juga kerana melimpah-ruahnya kasih sayang yang diberi kepada kau perempuan... tetapi, kerana kau perempuan yang tersilap menghitung kasih dan sayang. Sebenar-benarnya, you all we all manusia ini sentiasa berasa tak pernah cukup dengan apa yang ada. Kadang-kadang memang layak disebut sebagai, 'diberi betis hendak pula paha'! Begitu juga dengan segala anugerah dalam hidup dan kehidupan yang you all we all telah nikmati - segalanya diberikan namun lagi-lagi perasaan masih tidak cukup itu terbit juga. Hendak lagi, lagi, lagi dan lagi! Memang you all we all ini diciptakan istimewa, kerana you all we all ada seribu satu rasa, yang tidak dianugerahkan kepada makhluk-makhluk lain oleh Maha Pencipta.

Segala sesuatu yang dianugerahkan, pastinya perlukan penjagaan rapi agar ia akan kekal seperti sediakala. Hidup dan kehidupan you all we all yang pastinya akan berdepan dengan perubahan masa serta usia. Namun biarpun terus dimamah usia, ada hal-hal yang sentiasa segar seperti sediakala andai you all we all bijak menjaganya. Segalanya bermula dari dalam... Andai yang di dalam itu dijaga dengan rapi, maka segala yang di luar turut berseri.

Walau ada soal kewajipan lain yang lebih besar, namun di sini soal bungkus membungkus lebih bersemangat, lebih panas, lebih segar dibicarakan. Kerana apa? Kerana kalau you all we all lihat, soal bungkus membungkus diri ini telah terpecah-pecah pengertian serta pemahamannya di kalangan you all we all. Jika sebelum ini you all we all mendengar ungkapan; 'yang berbungkus tak semestinya baik'. Tapi sedarkah you all we all 'wajib membungkus diri'? Jadi rasionalnya - di mana you all we all melihat bahawa 'BAIKNYA' perbuatan tidak membungkus diri itu?

Membungkus diri tak semestinya solat. Untuk solat pula wajib membungkus diri. Tetapi apa pula makna tidak membungkus diri tetapi solat? Dan... tidak membungkus diri, juga tidak solat? So what?

Apa dan bagaimana pula pengertian yang you all we all fahami tentang bungkus membungkus? You all we all lihat - kepalanya berbungkus, rambutnya ditutup tetapi lekuk tubuhnya kelihatan akibat tidak melonggarkan pakaian yang dikenakan. Kalau sebelum ini popular dengan fesyen bertudung nampak jambul, kini ada pula fesyen bertudung nampak perut! Entah apa yang nak ditutup agaknya? So what? Tadi aku jalan-jalan ke pasar malam, aku jumpa satu lagi fesyen pelik yang rasanya sebelum ini cuma dipraktikkan oleh umat lain. Aku lihat kepalanya berbungkus mini telekung, tetapi aku lihat kakinya melopong - pakai skirt labuh melepasi paras kepala lutut sedikit. So what?

Kerana kau perempuan... mudah-mudahan kau tahu apa yang kau inginkan, dan apa yang mesti kau lakukan. Bukan untuk aku, tetapi untuk dirimu dan Maha Pencipta. Moga you all we all sentiasa di bawah lindungan dan rahmat-Nya.

0 ulasan:

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP