kerana kau perempuan!

Sunday, May 1, 2005

::Diam adalah emas...
Mungkin you all pernah dengar ungkapan tersebut. Namun diam yang macam mana akan menjadi emas? Tentu bukan diam kerana tidak tahu, diam kerana lemah, diam kerana pasrah, atau diam kerana menyerah kalah. Menjadi insan awek-awek yang diam? Diam yang macam mana akan menjadikan seorang insan awek-awek menjadi peribadi unggulan yang akan dijadikan sebagai idola dambaan umat?

:: Dewasa
Seorang insan awek-awek dituntut untuk dewasa. Bukan hanya dewasa dari segi fizikal atau usia, tetapi dituntut untuk dewasa atau matang dalam sikap dan perbuatan. Seorang ibu dituntut untuk bersikap dewasa di hadapan anak-anak dan keluarganya. Jika seorang insan awek-awek tidak dapat bersikap dewasa, maka dia akan tidak sabar dengan kerenah anak-anaknya, juga dia tidak akan sabar dengan permasalahan yang dihadapinya. Setiap individu memiliki sifat-sifar keanak-anakan dalam dirinya. Itu bukan menjadi masalah, jika usia seseorang masih muda, atau remaja, tapi fikirannya dewasa. Sebaliknya agak kurang sesuai jika seseorang yang sudah dewasa dari segi umur, namun sifatnya masih sangat keanak-anakan. Seorang insan awek-awek juga dituntut selalu berfikiran positif dalam setiap situasi. Semua itu boleh diraih bila you all bersikap dewasa.

::Inovatif
Seorang insan awek-awek dituntut untuk inovatif, sentiasa mempunyai gagasan dan idea-idea baru hingga segala sesuatu tidak membosankan. Contoh, jika seorang ibu setiap hari memasak masakan yang sama, tanpa ada inovasi-inovasi, tentu akan membuat anggota keluarganya bosan. Atau hiasan rumah yang sama selama bertahun-tahun, tentu akan membuat kita bosan. Jika kepala kita sedang penuh dengan masalah, lalu kita ubah interior bilik kita, buang atau simpan barang-barang yang sudah tidak kita perlukan. Insya-Allah, suasana baru akan membantu menyegarkan fikiran. Atau juga, jika kita memiliki pakaian lama yang masih elok, kita boleh menambah atau mevariasikannya dengan baju-baju lain atau dengan beberapa aksesoris, sehingga terkesan baru. Akan banyak hal-hal baru yang terciptakan yang akan membuat perubahan dalam hidup kita jika selalu berfikiran inovatif.

::Alami
Bersikaplah wajar, alami, tidak dibuat-buat. Berperilaku wajar dan alami tidak dibuat-buat. Berdandan wajar, alami tidak terlalu over. Kerana kadang-kadang segala sesuatu yang berlebihan akan membuat sesuatu itu tidak enak dipandang. Segala sesuatu yang alami tak akan pernah lekang ditelan zaman. Biarkan segala sesuatu berjalan apa adanya, sesuai kehendak Allah.

:: Menyejukkan
Seorang insan awek-awek haruslah jadi penyejuk bagi suami juga keluarganya. Seperti yang dilakukan Siti Khadijah saat Rasulullah SAW mendapat wahyu pertama. Siti Khadijah menenangkan Baginda. Siti Khadijah juga yang setia mendampingi Rasulullah SAW dalam setiap langkahnya. Seorang isteri haruslah mampu jadi penyejuk dalam setiap langkah suaminya, penerang dalam gelapnya. Seorang insan awek-awek harus mampu jadi penyejuk di tengah lingkungannya. Jangan menjadi pemanas suasana. Ramai insan awek-awek yang menghabiskan waktunya untuk bergosip, membuat suasana menjadi panas. Seorang isteri harus dengan sabar mendampingi suaminya, kerana banyak rumah tangga yang suasananya menjadi panas, hanya kerana si isteri menuntut terlalu banyak daripada suaminya. Sudah banyak diriwayatkan, bahawa sebahagian besar pengisi neraka adalah wanita. Na'udzubillahi min dzalik. Seorang ibu juga harus selalu jadi penyejuk bagi anak-anaknya, menjadi pendengar yang setia setiap keluhan anak-anaknya, dengan memberi nansihat-nasihat menyejukkan kalbu. Subhanallah, alangkah indahnya jika seorang insan awek-awek mampu menjadi penyejuk pandangan setiap insan, terutama keluarganya. Di mana dia menjadi tempat yang dicari setiap orang untuk berteduh dari lelahnya, yang akan selalu sdia menyambut mereka dengan senyuman yang tulus dan kata-katanya bagaikan embun di tengah gersang.

Kerana kau perempuan, saat ini kau terlalu lelah dengan pelbagai situasi yang sering tidak menentu. Maka jadilah kau perempuan sebagai idola dambaan umat, yang dengan DIAM, kau perempuan menjadi muslimah yang selalu dirindukan setiap orang.

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP