kerana kau perempuan!

Saturday, May 21, 2005

assalamualaikum adik-adik insan awek-awek. lama rasanya tak up-date... hmm, apapun daripada you all bosan masuk sini takde apa yang baru selain pesanan-pesanan dekat tag-board tu, atau dengar lagu kalajengking... bacalah sesuatu untuk renungan bersama, kerana kau perempuan mesti baca!

Pertama-tama adalah mesti engkau sedari, bahawa sesungguhnya aku tak akan menilai kecantikan wajahmu di balik jilbab yang engkau kenakan, serta harta yang kau miliki sebagai daya tarik untuk menikahimu. Tapi kecantikan hati, perilaku, serta ketaatanmu kepada Islam itu yang utama.

Memang hal ini sangat musykil di zaman yang telah penuh dengan noda-noda hitam akibat perbuatan manusia, sehingga wanita-wanitanya sudah tidak malu lagi untuk menjual kecantikan dan berlumba-lumba memperlihatkan aurat dengan sebebas-bebasnya demi memuaskan hawa nafsu jahatnya.

Namun itulah yang diajarkan Rasulullah SAW, kepada kita melalui hadisnya: "Janganlah engkau peristerikan wanita kerana hartanya, sebab hartanya itu menyebabkan mereka sombong. Dan jangan pula kamu peristerikan wanita kerana kecantikannya, kerana boleh jadi kecantikannya itu dapat menghinakan dan merendahkan martabat mereka sendiri. Namun peristerikan wanita atas dasar Diennya. Sesungguhnya budak hitam legam kulitnya tetapi agamanya lebih baik, lebih patut kamu peristerikan..." (HR. Bukhari)

Dan Allah pun tak akan melihat kebagusan wajah dan bentuk jasadmu. Tapi Dia menilai hati dan amal yang kau lakukan. Hendaknya engkau yakin bahawa wanita-wanita salafussoleh adalah idolamu, yang telah mendapat bimbingan daripada Nabi Muhammad SAW.

Contohilah Ummu Khomsa yang tersenyum gembira mendengar anak-anaknya gugur dalam medan pertempuran. Tentunya engkau hairan, mengapa seorang ibu seperti itu? Jawabnya kerana dia yakin bahawa Jannah telah menanti anaknya di akhirat, sedangkan engkau tahu, tak seorangpun yang tidak menginginkan akhir hidup di tempat yang penuh kenikmatan itu.

Katakanlah kepada anak-anakmu kelak: "…janganlah engkau bimbang dan ragu wahai anakku, kalau kamu syahid daripada sibuk mengumpulkan harta dan pangkat. Maka kalau kamu ingin termasuk ke dalam golongan-golongan pejuang ISLAM yang benar-benar memperjuangkan hak Allah dan Rasul-Nya. Serahkan dirimu dan ketakwaan yang kuat dan tanamkan pula dalam hatimu iman serta keinginan untuk menemuin-Nya secara syahid. Bayangkanlah bahawa Jannah sedang menanti, bersama para bidadari yang sedang berhias menanti kekasih-kekasihnya, iaitu kamu sendiri. Seperti Firman Allah:
“Dan di dalam Jannah itu ada bidadari-bidadari bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik...” (QS 56 : 22-23)

Ajarkanlah pada anak-anak kita kelak, bahawa hidup dalam ISLAM tidak bererti mencari kenikmatan semu di dunia ini sehingga mereka bersenang-senang di dalamnya dan lupa akan akhirat. Padahal Rasulullah mengajarkan... "Jadi dunia bukan tujuan akhir, tapi hanya sekadar jambatan untuk menuju kehidupan akhirat yang lebih baik dan kekal sehingga mereka mengerti bahawa mencari keredhaan Allah bererti pengorbanan yang terus menerus. Seperti Firman-Nya:
“Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya...” QS. Al Baqarah : 207

Akhirnya merekapun tahu bahawa jalan yang mereka pilih itu tidak menjanjikan harta di dunia ini yang banyak, rumah mewah, kenderaan, atau sofa yang empuk, pangkat dan wanita, tapi jalan mereka semua adalah jalan yang penuh dengan duri-duri cubaan serta seribu satu macam rintangan. Kerana Allah tidak akan memberi Jannah kepada kita dengan harga yang murah.

Berdoalah kepada-Nya agar engkau lahirkan kelak dari rahimmu seorang anak pewaris perjuangan nabi-nabi-Nya yang sentiasa mereka mendoakan kita. Didiklah mereka agar taat dan berbuat baik kepada kita serta tidak menyekutukan Allah, seperti yang diwasiatkan Luqman kepada anak-anaknya (31:31). Fahamkan mereka bahawa pewaris perjuangan Rasul dan Nabi bukanlah bererti mereka hanya menjadi pejuang di medan jihad, tapi juga seorang abid (zuhud) di malam hari. Anak kita kelak adalah amanah dari-Nya oleh sebab itu Allah akan murka seandainya kita mensia-siakannya. Pembentukan peribadi anak itu sangat tergantung kepada kita yang mendidiknya. Apakah dia akan menjadi orang yang beriman atau sebaliknya. Hendaklah engkau perhatikan makanan untuk mereka, pergaulannya serta pilihkan pendidikan yang mereka ikuti.

Jadilah engkau seperti Siti Maryam yang dapat mendidik Isa a.s. di tengah-tengah cemuhan dan cacian masyarakat. Atau Siti Asiyah (isteri Firaun) yang dapat memupuk keimanan Musa a.s. di dalam istana yang penuh dengan kedurhakaan dan kekufuran. Kemudian Masyitah yang mampu memantapkan hati anak-anaknya walaupun harus menghadapi air yang mendidih demi kebenaran. Atau seperti Siti Khadijah R.ha. Aisyah R.ha, Sayidina Fatimah R.ha yang membesarkan anak-anaknya di tengah-tengah kemiskinan.

Bila engkau telah memahami tugas terhadap anak-anakmu dalam Islam, maka mudah-mudahan Allah akan memberkahi kita dengan memberikan anak-anak yang soleh, yang bersedia mengorbankan nyawanya demi mematuhi perintah Allah, seharusnyalah engkau faham juga bahawa dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baiknya perhiasan adalah wanita solehah.

Dan salah satu ciri yang harus engkau miliki jika ingin menjadi wanita solehah dan bersedia untuk taat terhadap suamimu kelak seperti firman-Nya dalam surat An-Nisaa :34 bahawa laki-laki adalah pemimpin bagi wanita dan isteri yang baik adalah mereka yang setia (taat) kepada suami dan selalu memelihara kehormatannya selama suaminya tidak ada di rumah.

Hendaklah engkau berbeza dengan wanita-wanita saat ini yang benyak melalaikan suami dan anak-anaknya, mereka lebih sibuk dengan karier, persatuan, undangan, atau mensia-siakan wang dan waktu dengan hal-hal yang tidak berguna, serta cenderung mempamer wajah dan aurat kepada yang bukan muhrimnya. Carilah redha suami dengan cara-cara yang telah disyariatkan Islam, kerana Rasulullah telah bersabda:
“Wahai Siti Fatimah, kalau engkau mati dalam keadaan Ali tidak redha padamu, nescaya aku ayahandamu tidak akan menyolatkanmu."

Jadilah engkau perhiasan yang tinggi nilainya di dalam rumah tangga, sumber penyejuk dan kebahagiaan hati suami, berhiaslah engkau untuk menyenangkan suami, jagalah hatinya agar engkau tak menyakiti dia. Walaupun dengan hal-hal yang kecil. Katakan kepadaku jika akan berangkat mencari nafkah:
“Wahai suamiku carilah rezeki yang halal di sisi Allah, janganlah engkau pulang membawa rezeki yang haram untuk kami. Kami rela berlapar dan hidup susah dengan makanan yang halal."

Dan janganlah engkau cegah, jika aku hendak meninggalkanmu berhari-hari kerana memenuhi panggilan Allah dan Rasul-Nya. Tabahlah seperti tabahnya Siti Hajar dan Ismail yang ditinggalkan Ibrahim a.s. di tengah padang pasir yang tandus. Jika aku mengikuti jejak Yasir, maka ikutilah di belakangku sebagai Sumayyah, bila kukatakan kepadamu... 'perjuangan itu pahit'... maka jawablah olehmu... 'Jannah itu manis'...

Ini saja yang ingin aku sampaikan padamu, hendaklah engkau fahami dan ikuti seperti yang telah aku tunjukkan kepadamu tapi harus diingat bahawa engkau melakukannya kerana Allah bukan karana aku. Semoga Allah meredhai kita dan memberi kemudahan dalam mengikuti petunjuknya, amin. Jaga diri baik-baik...

2 ulasan:

Anonymous Wednesday, August 23, 2006  

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it
Tamiflu europe internet shop Gold game joke What is opt-in email

Anonymous Saturday, March 03, 2007  

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it Tape face gay porno bag golf ogio stand Proactiv solution sheer finish loose powder

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP