Catatan [2]
Friday, December 5, 2008
Mimpi ngeri kadangkala bukanlah mainan tidur, tetapi realiti jiwa yang buruk. Ia bagai cermin yang memantulkan sifat-sifat terselindung dari mata kasar, terungkap dengan sendiri satu demi satu! Dan... itulah hakikat diri sebenar.
Nun, jauh di dasar rasa... aku mengakui bahawa hitam dan kelamnya perasaan yang dilalui. Melangkah beriringan dengan sekumpulan dosa yang entah bila dapat dicucikan dan masih sempatkah terampunkan. Hidup semakin hari semakin berkurangnya ruang, semakin susutnya sisa nafas yang dibekalkan, dan aku masih tak tahu atau sengaja tidak mengendahkan kegelapan yang semakin menghitam!
Kaki ini terus melangkah tapi semakin terasa kehilangan arah!
0 ulasan:
Post a Comment