Sempurna

Sunday, May 18, 2008

Kadang-kadang tanpa disedari, bahawa kita sebenarnya mencari sesuatu yang tak realistik dalam hidup ini. Mengimpikan sesuatu yang sempurna dalam ketidaksempurnaannya kehidupan ini. Hal ini bukan kerana 'tak bercermin diri' tetapi lebih kepada gangguan penerimaan hakikat ketika emosi berada pada tahap tak stabil, walaupun tetap ada yang memang sebenar-benarnya tak mahu menerima hakikat.

Memang tak boleh menerima (pada waktu itu), mungkin lambat-laun akan berubah. Harapnya begitu, walaupun masih ada yang tak akan mahu menerima sampai bila-bila sesuatu yang dirasakan tak patut berlaku terhadap dirinya.

'Bukan mudah' dan 'bukan kau yang mengalami' mungkin antara alasan yang sering digunakan. 'Bukan mudah' itu harus dicuba dengan ikhlas - andai berhasil alhamdulillah dan jika sebaliknya harus pasrah kerana kita hanya merancang. 'Bukan kau yang mengalami' pula harus dilihat bahawa setiap orang mempunyai pengalaman masing-masing yang berbeza. Syukur saja kerana diberi pengalaman sama ada pahit atau manis, kerana mungkin orang lain tak pernah berpeluang mengalaminya.

Sakit? Ya... sesuatu yang tidak selaras dengan kehendak kita memang akan terasa 'sakit' bila kita berada di dalamnya. Itu 'sistem semula jadi' yang ada pada setiap orang, akan me'reject' sesuatu yang bukan kehendaknya. Namun, tetap masih ada yang 'sudi' menerimanya secara perlahan dan dengan positif.



cinta ini tak pernah sempurna
dan akan menjadi sempurna
sebagaimana dalam mimpi kita
pada dua garis yang bertemu
cinta mungkin bersatu
atau mungkin hanya singgah kemudian berlalu
dalam cinta-cinta yang mendatang
tetap ada hati yang kecundang
di situkah nanti hatinya mati
sedangkan belum bertemu cinta hakiki

0 ulasan:

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP