Mimpi Cinta Kita

Tuesday, December 4, 2007


AKU duduk merenung sedalam dan sejauh mungkin ke dasar rasa serta perasaan sendiri. Aku imbau rentetan kisah cinta yang pernah terlakar di dinding hati ini, satu persatu... Dan, sejak aku kenal cinta dan ada rasa ingin bercinta, tak ada satu pun di antara himpunan kisah cinta itu yang serupa.

Aku terus merenung, dan memang benar bahawa apabila rempuhan perasaan cinta itu datang kita mungkin tak mampu untuk menepis serta mengelaknya! Kita pasrahkan diri dirempuh oleh gelombang cinta, kira relakan diri lemas dalam dakapan rakus cinta. Jika ubat, walau pahit kita telah jua demi untuk sembuh. Cinta, rempuhannya amat dahsyat dan kita berasa rempuhan itu sebagai satu belaian lembut mengusap perasaan. Hanya apabila ditakdirkan cinta itu tak kesampaian, maka kita pun bagai tersedar dari mimpi panjang - baru kita sedar betapa peritnya rempuhan cinta!

Apabila aku 'bertemu' denganmu, aku sebenar-benarnya tahu bahawa rasa ketika itu adalah rasa cinta. Rasa yang datang secara tiba-tiba, bukan sesuatu yang sengaja diciptakan. Ada aura cinta terbit bila bersama denganmu. Dan, memang aku tak mampu untuk menolak dan mengelak. Ada rasa seperti itu datang, namun aku tak pernah hiraukan walaupun aku tahu tentang kemungkinan-kemungkinan yang bakal aku hadapi kelak.

Menganyam mimpi-mimpi indah bersamamu mengasyikkan. Kita larut dalam cinta yang dipintal. Dunia cinta penuh bunga, penuh bintang-bintang sentiasa menyerikan dan mengyegarkan rasa. Kita telah tahu bahawa cinta tak mesti bersatu, bunga-bunga cinta mungkin layu dan bintang-bintang mungkin malap tak bersinar lagi.

Bila bayangan-bayangan kasih semakin pudar, kita terus cuba menyalakan api cinta. Aku tak pernah berasa bahawa api cinta itu akan padan walau kita telah kebekuan rasa kasih. Kerana aku pasrah dengan takdir cinta kita nantinya bagaimana.

0 ulasan:

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP