Mencari Kebahagiaan

Monday, October 8, 2007

Apakah rahsia kebahagiaan hidup? Banyak orang yang menganggap kebahagiaan adalah dengan segala sesuatu yang berada di luar kita, seperti harta benda yang kita miliki. Apakah anda akan berbahagia jika mempunyai rumah yang indah, kereta mewah, pendapatan yang berlimpah, dan pasangan hidup serta anak-anak yang comel dan cantik? Mungkin anda akan berkata "ya". Tapi, percayalah itu tidak akan bertahan lama.

Kebahagiaan yang disebabkan hal-hal di luar kita adalah kebahagiaan semu. Kebahagiaan itu akan segera hilang sebaik anda berhasil memiliki barang tersebut. Anda melihat kawan anda membeli kereta mewah, handphone yang canggih, atau baju baru. Anda begitu ingin memilikinya.

Anehnya, sebain anda berhasil memilikinya, rasa bahagia itu segera hilang. Anda merasa biasa-biasa saja. Bahkan, anda mulai melirik orang lain yang memiliki barang yang lebih bagus lagi daripada yang anda miliki. Anda kembali berangan-angan untuk memilikinya. Demikianlah seterusnya. Dan anda tidak akan pernah bahagia.

Keinginan-keinginan yang ada pada manusialah yang seringkali menjauhkan manusia dari kebahagiaan. Kebahagiaan adalah suatu situasi tanpa syarat. Anda tidak perlu memiliki apapun untuk berbahagia. Ini adalah sesuatu yang sudah anda putuskan dari awal.

Cuba katakan pada diri anda sendiri, "Saya sudah memilih untuk bahagia apapun yang akan terjadi." Anda akan merasa bahagia walaupun tidak memiliki harta yang banyak, walaupun keadaan di luar tidak sesuai dengan keinginan anda. Semua itu tidak akan mengganggu kerana aAnda tidak menempatkan kebahagiaan anda di sana.

Kebahagiaan yang hakiki terletak di dalam diri anda sendiri. Inti kebahagiaan ada pada fikiran anda. Ubahlah cara anda berfikir dan anda akan segera mendapatkan kebahagiaan dan ketenteraman batin.

Ada tiga fikiran yang perlu sentiasa anda tumbuhkan. Pertama, kebahagiaan adalah rela memaafkan. Cuba renungkan kata "subhanallah". Tuhanlah Yang Maha Suci, sementara manusia adalah tempat kesalahan dan kealpaan. Kesempurnaan manusia justru terletak pada ketidaksempurnaannya. Dengan memahami konsep ini, hati anda akan selalu terbuka untuk memaafkan orang lain.

Sebahagian besar masalah yang kita hadapi dalam hidup bersumber dari ketidakmampuan kita untuk memaafkan orang lain!

Kedua adalah bersyukur. Cuba renungkan kata "alhamdulillah". Orang yang bahagia adalah orang yang sentiasa mengucapkan alhamdulillah dalam situasi apapun. Ini seperti cerita seorang petani miskin yang kehilangan kuda miliknya. Orang-orang di desanya amat prihatin terhadap kejadian itu, namun dia hanya mengatakan, alhamdulillah.

Seminggu kemudian kuda tersebut kembali ke rumahnya sambil membawa serombongan kuda liar. Petani itu mendadak menjadi orang kaya. Orang-orang di desanya berduyun-duyun mengucapkan selamat kepadanya, namun dia hanya berkata, alhamdulillah.

Tak lama kemudian petani ini kembali mendapat musibah. Anaknya yang berusaha menjinakkan seekor kuda liar terjatuh sehingga patah kakinya. Orang-orang desa merasa amat prihatin, tapi si petani hanya mengatakan, alhamdulillah. Ternyata seminggu kemudian tentara masuk ke desa itu untuk mencari para pemuda untuk kerahan tentera. Semua pemuda dipaksa kecuali anak si petani kerana kakinya patah. Melihat hal itu si petani hanya berkata singkat, alhamdulillah.

Cerita itu dapat menunjukkan kepada kita bahawa apa yang kelihatannya baik, belum tentu baik. Sebaliknya, apa yang kelihatan buruk belum tentu buruk. Orang yang bersyukur tidak terganggu dengan apa yang ada di luar kerana dia selalu menerima apa saja yang dia hadapi.

Ketiga, kebahagiaan adalah tidak membesar-besarkan hal-hal kecil. Cuba renungkan kalimat "Allahu akbar". Anda akan merasa bahawa hanya Tuhanlah Yang Maha Besar dan banyak hal-hal yang kita risaukan setiap hari sebenarnya adalah masalah-masalah kecil. Masalah-masalah ini bahkan tidak akan pernah kita ingat lagi satu tahun dari sekarang.

Penelitian mengenai stres menunjukkan adanya beberapa hal yang merupakan penyebab terbesar stres, seperti kematian orang yang kita cintai, kecelakaan lalu lintas, dan sebagainya. Hal-hal seperti ini bolehlah anda anggap sebagai hal yang 'agak besar'. Tapi, bukankah hal-hal ini hanya kita alami sekali-sekali dan pada waktu-waktu tertentu? Kenyataannya, kebanyakan hal-hal yang kita risaukan dalam hidup sebenarnya hanyalah masalah-masalah kecil.


lovequotes 06

~ Mudah-mudahan KEBAHAGIAAN yang kau cari akan kau temui suatu hari nanti. Walaupun entah bila, aku tetap sentiasa mendoakan begitu. Aku ingin lihat kau benar-benar bahagia, luar dan dalam. Aku tahu kau pendam banyak derita, aku tahu kau simpan banyak duka - segala kisah hidupmu yang terpendam kuharap akan sirna jua suatu hari nanti, pergi bersama bangkit sinar mentari pagi bila kau bangun dan membuka mata. Aku cuba beri bahagia ini, tapi sekadar apa adanya yang kumampu. Aku harap kau bahagia kerana aku turut bahagia bersamamu...

0 ulasan:

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP