Cinta Tanpa Syarat

Tuesday, October 9, 2007

Di sebuah kota tinggal dua orang bijak yang sudah hidup bersama selama 30 tahun. Selama itu mereka belum pernah sekalipun bertengkar. Suatu hari seorang daripada mereka berkata, "Tidakkah kau berfikir bahawa inilah saatnya kita perlu bertengkar, paling-paling tidak sekali saja?"

Kawannya membalas, "Bagus juga begitu! Mari kita mulai. Tapi apa yang harus kita pertengkarkan?"

Orang bijak pertama menjawab, "Bagaimana kalau dengan sepotong roti ini?"

"Baiklah, marilah kita bertengkar kerana roti ini. Tapi, bagaimana kita melakukannya?" tanya orang bijak kedua.

Orang bijak pertama lalu berkata, "Roti ini aku punya. Ini milikku!"

Orang bijak kedua menjawab, "Kalau macam tu, ambil sajalah."


ALANGKAH... alangkah damainya dunia ini kalau kita semua berperilaku seperti dua orang bijak tersebut. Cuba anda renungkan, bukankah pertengkaran, perselisihan, dan peperangan yang terjadi di dunia ini bersumber dari keinginan kita untuk meminta sesuatu daripada orang lain? Kita suka meminta, tapi sayangnya kita tak suka memberi.

Di rumah, kita meminta perhatian pasangan kita, meminta anak-anak memahami kita, meminta pembantu melayani kita. Di tempat kerja, kita meminta bantuan bawahan, meminta pengertian rakan sejawat, dan meminta gaji yang tinggi daripada majikan. Dalam masyarakat, mereka yang mengaku sebagai pemimpin selalu meminta pengertian dan kesabaran masyarakat, meminta masyarakat hidup sederhana dan mengencangkan ikat pinggang.

Bahasa kita sehari-hari adalah 'bahasa' meminta. Mengapa kita suka meminta tetapi sukar memberi? Ada logik yang sepintas lalu masuk akal. Logik tersebut mengatakan, "Dengan meminta milik anda akan bertambah, sebaliknya dengan memberi milik anda akan berkurang." Fikiran semacam ini menimbulkan ketamakan dan perasaan takut untuk berkongsi.

Padahal hukum alam menyatakan yang sebaliknya. Justru dengan banyak memberi, kita akan banyak pula menerima. Cuba perhatikan orang yang disenangi dalam pergaulan. Merekalah orang yang suka memberi. Sebaliknya orang-orang yang dibenci adalah orang yang kedekut dan tak pernah memberi.

Keinginan untuk memberi tak ada kaitannya dengan banyaknya harta yang kita miliki. Ada orang yang kaya raya tapi sulit sekali memberi. Mereka selalu mengatakan, "Kalau banyak memberi, bila saya akan jadi kaya seperti ini?"

Mereka tak mahu memberi kerana takut miskin. Seolah-olah dengan memberi mereka akan hilang segalanya. Mereka sesungguhnya orang yang benar-benar miskin. Kerana bukankah ketakutan akan kemiskinan merupakan kemiskinan itu sendiri?

Sebaliknya ada orang yang sederhana tetapi sentiasa mahu berkongsi dengan orang lain. Mereka inilah orang-orang yang kaya. Yang menjadikan kita kaya sebenarnya bukanlah seberapa banyak yang kita miliki, tetapi seberapa banyak yang kita berikan kepada orang lain.

Sumber kekayaan yang sejati sebenarnya terletak di dalam diri kita sendiri. Sayangnya, banyak orang tak sedar. Mereka sibuk mengumpulkan permata dan berlian, lupa bahawa permata yang 'asli' sebenarnya ada di dalam diri kita sendiri.

Namun, hal itu tak terjadi begitu saja. Ibarat menggali permata yang ada di dalam bumi, anda juga harus melakukan penggalian ke dalam diri kita. Sebaik anda melakukan perjalanan ke dalam, anda akan mulai merasakan efeknya.

Mula-mula, beberapa masalah fizik yang berlarut-larut akan terhapuskan, kemudian masalah-masalah emosi yang pelik akan terselesaikan. Teruskan menggali, anda akan merasakan hidup yang bermanfaat, dan akhirnya akan timbul suatu kesedaran bahawa kita semua adalah satu dan tak boleh dipisah-pisahkan.

Untuk mampu menggali, anda perlu menemukan kuncinya. Tanpa kunci ini perjalanan anda akan sia-sia belaka. Anda ingin tahu kuncinya? Jawabnya adalah: dengan memberi kepada orang lain!

Jangan salah, memberi tak selalu harus berkaitan dengan material dan wang. Kahlil Gibran mengatakan, "Bila engkau memberi dari hartamu, tiada banyaklah pemberian itu. Bila engkau memberi dari dirimu itulah pemberian yang penuh erti."

"Ada banyak sekali kesempatan bagi kita untuk memberi. Anda boleh memberikan perhatian, pengertian, waktu, energi, pemikiran, pujian, dan ucapan terima kasih. Anda boleh memberikan jalan bagi pemandu lain di jalan raya. Anda juga boleh sekadar memberikan senyuman. Hal-hal yang sederhana ini memberi bererti banyak bagi orang lain.

Orang yang enggan memberi adalah mereka yang tak pernah belajar dari kehidupan itu sendiri. Padahal esensi kehidupan adalah memberi. Tuhan sebagai sumber kehidupan adalah Maha Pemberi. Lihatlah, betapa Tuhan telah memberikan segalanya tanpa pilih kasih, tak peduli kita baik ataupun jahat. Inilah unconditional love, sebuah cinta tanpa syarat.


perfectly

~ Aku ingin jadi mentarimu; menyinar dan menghangatkan hari-harimu... biar hatimu tak dingin dan beku lagi. Aku ingin jadi bulanmu; mengindahkan malam-malammu yang sunyi dengan redup cahayaku... biar damai seluruh jiwa dan kau aman beradu lena. Aku ingin jadi bintangmu; menghiasi langit malammu nan gelap... biar kau tahu kau tak pernah sendiri dan kau akan terus gagah berdiri. Aku mahu sentiasa ada di dalam hatimu, kerana aku tak mahu kau sendiri. Aku mahu sentiasa ada untukmu, kerana aku tak mahu kau sunyi. Aku sentiasa ada dekat padamu...

0 ulasan:

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP