13 Perkara Tentang Lelaki & Wanita

Wednesday, August 22, 2007

1. Ada dua situasi dimana seorang lelaki tidak memahami seorang wanita, iaitu sebelum dan sesudah menikah.

2. Lelaki ingin menikah kerana merasa letih, sedangkan wanita ingin menikah kerana ingin tahu, dan kedua-duanya akan kecewa.

3. Wanita pada usia 40 tahun berfikir tentang masa depan anak-anak. Lelaki pada usia 40 tahun berfikir tentang melayani anak-anak.

4. Lelaki menikah hidup lebih lama daripada lelaki bujang. Namun lelaki menikah lebih banyak keinginan untuk mati!

5. Untuk memperoleh kebahagiaan daripada seorang lelaki, anda harus lebih banyak memahaminya dan tidak perlu terlalu mencintainya. Sedangkan untuk memperoleh kebahagiaan daripada seorang wanita, anda harus banyak mencintainya dan tidak perlu memahaminya sama sekali.

6. Wanita selalu mengenang lelaki yang ingin menikahinya. Sedangkan lelaki akan selalu mengenang wanita yang tidak ingin dinikahinya.

7. Buku paling tipis di dunia adalah tentang apa yang diketahui lelaki mengenai wanita dan biografi wanita yang bahagia.

8. Lelaki adalah orang yang akan membayar 20 ringgit untuk barang berharga 10 ringgit dan memerlukannya. Sedangkan wanita akan membayar 10 ringgit untuk barang berharga 20 ringgit dan tidak memerlukannya.

9. Seorang wanita memiliki kata akhir dalam setiap pertengkaran. Apapun yang dikatakan lelaki setelah pertengkaran adalah awal dari pertengkaran baru.

10. Wanita yang menikahi seorang lelaki berharap lelaki itu berubah, tetapi ternyata tidak berubah. Sedangkan lelaki yang menikahi seorang wanita berharap wanita itu tidak berubah namun ternyata berubah.

11. Lelaki sukses adalah lelaki yang mampu menghasilkan wang lebih banyak daripada yang dapat dihabiskan seorang wanita. Sedangkan wanita sukses adalah wanita yang dapat menemukan lelaki seperti itu.

12. Seorang wanita cemas akan masa depannya sehingga dia menikahi seorang lelaki. Sedangkan seorang lelaki tidak pernah cemas tentang masa depannya sehingga ketika dia menikahi seorang wanita.

13. Di mana pun seorang wanita menemukan lelaki yang menurutnya layak menjadi suami yang baik, dia akan selalu kecewa kerana biasanya lelaki itu telah beristeri.

0 ulasan:

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP