Kerana Kau Perempuan

Tuesday, July 24, 2007

kerana kau perempuan
apa yang kau harapkan
dan, apa yang aku dambakan
tak pernah sehaluan
adakah cinta itu sebuah ikatan?
yang merantai kau perempuan
dan aku lelaki dalam satu hubungan
itu bukan sebuah jawapan!

kerana kau perempuan
menganyam impi berselimut kasih sayang
dan, aku lelaki melihat sebuah kenyataan
cinta kasih sayang tatkala sukar dilahirkan
adakah cinta itu ibarat mengejar bayang?
yang sentiasa ada berdekatan
namun tak pernah tangan kesampaian
itukah pencarian?

kerana kau perempuan, aku lelaki!
terus bersama mengejar mimpi tak pasti
dalam hakikat dan realiti!

0 ulasan:

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP