Belajar Bercinta : Bab Empat Puluh Satu
Sunday, March 4, 2007
Jika seorang wanita menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.
Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.
Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya....
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di hadapan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Dia akan menurunkan rasa egoisnya.
Lelaki, jika seorang wanita pernah menangis keranamu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.
Lelaki, jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mensia-siakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosak kehidupannya.
Saat dia menangis di hadapanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya...
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan...
Wanita mana lagikah yang akan menangis dengan murni, penuh rasa sayang,
Di hadapanmu dan keranamu…
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan simpati atau rasa kasihan…
Dia menangis, kerana menangis dengan diam-diam tidaklah melegakan lagi.
Lelaki…
Fikirkanlah tentang hal itu.
Dan semuanya kerana dirimu,
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau lakukan untuknya,
Hanya kau yang tahu jawapannya…
[ Pertimbangkanlah…
Kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal
Mungkin akan terlambat untuk mengucapkan ‘MAAF’! ]
5 ulasan:
wow, nice one there!! ;)
"Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..."
Jika saya memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan menampar saya kerana cuba mengambil kesempatan dan sakit akibat tamparan itu akan terasa sepanjang hidup saya.
ekekekeke.....
hurm.. ngeh ngeh...
kekeke...
saba jela ngan archiq...
brad...
ryn nak mintak izin amik puisi ni leh x?
Post a Comment