> Atas Segala Rasa Cintaku

Friday, July 7, 2006


Kerana aku mencintaimu, melebihi seluruh yang ada padaku
Takkan kubiarkan cinta ini layu biar dibakar bahang dan gersang
Di atas segala rasa cinta yang dianugerahkan
Kuangkat cintamu ke atas singggahsana yang tiada duanya
Kita lahir atas dasar cinta
Kita bertemu kerana cinta
Kita bersama untuk menikmatinya
Cintamu memberi cahaya dan menyuluh segenap maya
Cintamu meninggalkan derita dan mengguris luka
Kerana cinta aku bahagia, dan aku juga derita

Takkan kau temui kalimah cinta seperti ini lagi
Di mana-mana juapun di segenap penjuru alam
Kecuali yang ada di dalam hatiku

Kau pernah menjadi lilin hidupku
Dan, kau jua pernah meracun cintaku
Atas segala rasa cinta yang ada
Aku tak pernah berkata, "Kau penderhaka cinta!"
Aku mencintaimu atas segenap apa yang ada padamu
Atas segala kebaikanmu
Atas segala kekuranganmu
Kerana, itulah kamu yang aku cinta
Bukan kerana mencintaimu atas apa yang aku ingini

Cinta memang tak mesti bersatu
Biar terpisah dibelah tujuh lautan
Biar terhalang merentang tujuh gunung
Namun, tetap mampu kusimpul lafaz cinta untukmu
Di langit nan membiru
Cinta ini tak pernah mati
Biar lumat dimamah keji
Cinta ini kan tetap bersemi
Di batas pusara sepi

Tiga kalimah keramat, "Aku Cinta Kamu"
Kan menjadi azimat dalam setiap langkahku
Dalam kembara tak berkesudahan
Tiada lelah yang pernah kukeluhkan
Kerana redup cinta ini memayungiku
Dari bahang resah asmara
Dalam pelayaran mencari pelabuhan cinta
Tak kubiarkan gelombang asmaramu
Melemaskanku

Aku pasrah, tapi bukan menyerah!
Andai cinta yang kuburu sekian lama
Tak menjanjikan apa-apa
Takdir cinta kita mungkin berbeza
Aku mencari cinta
Bukan semata-mata ingin mengecap bahagia
Namun, aku mahu merungkai sejuta makna
Di sebalik ungkapan, "Cinta Itu Buta!"

Andai... suatu ketika nanti
Perjalanan ini terhenti di pelabuhan cinta sepi
Dan cinta yang kucari tiada lagi
Aku mahu kau tahu
Sesungguhnya, selama ini
Aku telahpun bertemu cinta sejati
Cintaku kepada-Nya yang tiada berbelah bagi...

1 ulasan:

Anonymous Thursday, April 26, 2007  

Enjoyed a lot! » » »

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP