| Kelmarin, Hari Ini & Esok |

Monday, January 2, 2006

Seorang bijak pernah berkata, bahawa ada dua hari dalam hidup ini yang sama sekali tak perlu kita khuatirkan.

Yang pertama; hari kelmarin. Kita tak mampu mengubah apa pun yang telah terjadi. Kita tak mampu menarik perkataan yang telah diucapkan. Kita tak mungkin lagi menghapus kesalahan; dan mengulangi kegembiraan yang kita rasakan kelmarin. Biarkan hari kelmarin berlalu... lepaskan saja.

Yang kedua: hari esok. Hingga mentari esok hari terbit, kita tak tahu apa yang akan terjadi. Kita tak mampu melakukan apa-apa esok hari. Kita tak mungkin sedih atau ceria pada esok hari. Esok hari belum tiba... biarkan saja.

Yang tersisa kini hanyalah hari ini. Pintu masa lalu telah tertutup; pintu masa depan pun belum terbuka. Tumpukan saja diri kita untuk hari ini. Kita dapat mengerjakan lebih banyak hal hari ini bila kita mampu memaafkan hari kelmarin dan
melepaskan ketakutan akan esok hari.

Hiduplah hari ini. Kerana masa lalu sudah berlalu dan masa depan belum tiba. Hiduplah hari ini seperti hari terakhir kita dan sebaik mungkin untuk diri kita, sesama kita dan Maha Pencipta. Hari ini akan menjadi kelmarin; dan hari ini
akan menentukan esok.

Kata Bijak: Perlakukan setiap orang dengan kebaikan hati dan rasa hormat, walaupun mereka berlaku buruk terhadap kita.

Ingatlah bahawa kita menunjukkan penghargaan terhadap orang lain bukan kerana siapa mereka, tetapi kerana siapakah diri kita sendiri.

1 ulasan:

lunafighter Monday, January 02, 2006  

SALAM..
KADANG2 KITA BERSALAH..SELALUNYA..
TAPI TAK SALAH..
KALAU KITA MENGAKUINYAKAN?
CUBA BERUBAH..DARI NEGATIF KE POSITIF..
TAPI..KENAPA KEPOSITIFAN YANG NAK DIBINA..HIDUP BARU YANG NAK DIMULA...SELALU SALAH DIERTIKAN?
AYAT PUN DAH TAK BETUL..
DAH TAK BETUL GAKNYA SAYA NI.....

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP