| Sepi Itu... |
Friday, December 9, 2005
Kesepian bukan disebabkan tidak hadirnya seseorang di sisi anda, melainkan kosongnya hati daripada orang yang mengasihi anda. Janganlah kehilangan saat berharga; iaitu saat di mana anda harus membantu mereka yang memerlukan. Melalui huluran pertolongan, anda telah menjalin hati anda dan hati orang lain dengan benang emas yang tidak kelihatan. Benang itu bernamakan persaudaraan. Semakin banyak benang itu terjalin semakin jauh hati anda dari kesepian. Kerana, benang persaudaraan akan mengalunkan irama yang memenuhi dan menghibur jiwa.
Bangkit dan tebarkan huluran tangan anda. Segaris senyum dan tatapan mata yang bersahabat cukuplah untuk menyatakan bahawa anda tidak sendirian. Selagi mereka yang anda kasihi dan mengasihi anda berada dalam hati, tidak ada tempat untuk sebuah kesepian.
0 ulasan:
Post a Comment