tentang kita

Sunday, August 21, 2005


Siapa?



Siapa orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil peduli tentang waktu solatnya seolah-olah dia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman as.



Siapa orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata, Inna lillahi wainna illaihi rajiuun. Lalu berkata lagi, Ya Rabbi, Aku redha dengan ketentuanMU ini, sambil mengukir senyuman.



Siapa orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.



Siapa orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa menumpuk-numpukkan harta.



Siapa orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.



Siapa orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.



Siapa orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan ke mana mata memandang.



Siapa orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi menghimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.



Siapa orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

6 ulasan:

Anonymous Thursday, August 25, 2005  

ASSALAMMUALAIKUMMMMMMM........
SEINDAH BICARA ITULAH PELEMBUT HALWA TELINGA :)
HAI BRAD...TAK PERNAH MUNCUL...TAPI TAK SALAHKAN?
ERM...SO FAR..JUST MEREALISASIKAN CITA-CITA UNTUK BERCAKAP...MUNGKIN...
"CINTA...SEGALANYA TENTANG CINTA...HIDUPNYA KERANA CINTA, MATINYA JUGA KERANA CINTA...BAGAI TIDAK ADA YANG LEBIH BERERTI DARI ITU...TAPIKAN HIDUP MEMANG BEGINI...SEGALANYA CINTA...DAN HANYA PADA DIA YANG SEJATI..."

JUMPA LAGI BRAD...INSYAALLAH...

Anonymous Thursday, August 25, 2005  

TERLUPA...ASSALAMMUALAIKUM....

Anonymous Tuesday, August 30, 2005  

a'kum brader..sebenarnye nak post kat ruangan chat tu tp dr td try x dpat2..sedey betolla...

pe2pun,ni 1st time visit.tgk alamt blog kat BS. very nice blog.isinya lagi nice hehe.
well,
teruskan perjuangan
salam kemerdekaan..
merdekakan hati dr terus dijajah bintik2 hitam..:)

mrsazi Friday, September 02, 2005  

..assalamualaikum..

..apple suka baca setiap keluaran blues.dan kolum brad adalah antara yang terbaik..

..teruskan.kalaupun tak dapat menyedarkan semua org,sekurangnya akan ader 2-3 orang yang boleh berubah..insyallah..

Anonymous Tuesday, March 06, 2007  

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it Free web site promotion company animated cartoon for adult Weening off lexapro Email buster filter Secret asian man Oneday acuvue contact lens Marker paintball performance tactical diazepam online 10 mg Allegra gardners pennsylvania Plastic surgeon toronto ontario tummy tuck Real estate investments in ira accounts bentley repair manual bmw Eczema conditions Ososescort radar detectors Renault hurtownia

Anonymous Tuesday, April 24, 2007  

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. »

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP