tentang kita

Saturday, August 20, 2005

Hari Ini Untuk Esok...







Kita sememangnya hidup pada hari ini, namun akibat dari tindakan kita bukan sekadar untuk hari ini saja. Ia terus berjalan seiring dengan detik waktu. Kadangkala ia berubah jadi harapan. Tidak kurang pula yang menerbitkan rasa cemas. Bahkan, jika kita tidak berusaha memikirkannya, kelak ia akan menyentuk kesedaran dan ingatan kita. Sebab itu kita dianugerahi dengan impian, cita-cita atau harapan, juga kebimbangan. Tindakan kita kini biasanya akan melahirkan impak pada kehidupan di kemudian hari.


Lemparkan sebutir batu ke permukaan tasik nan tenang. Serentak itu akan kelihatan riak-riak air beralun. Namun ia akan beransur menghilang di tepian. Permukaan tasik pun kembali tenang. Jika lemparan batu itu adalah tindakan kita, apakah ketika air tasik menjadi tenang lantas kita berfikir bahawa segala sesuatu itu kembali seperti sedia kala? Apakah tindakan kita, sekecil apa pun, kelak akan lenyap tak berbekas? Tidak. Memang permukaan tasik tak lagi menampakkan riaknya, namun sedarkah kita bahawa riak yang sama telah mengubah wajah tepian tasik tersebut? Dan tindakan kita telah mengubah dunia, walau sekecil apa pun perubahan itu. Maka, perubahan apa yang sebenarnya ingin kita catat dari tindakan kita sekarang?

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP